Pemberita hampa apabila juara Olimpik Singapura Joseph Schooling tidak muncul tatkala pasukan renang negara pulau itu tiba di sini hari ini untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Kumpulan pemberita berkenaan yang menunggu perenang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sejak 10 pagi, diberitahu oleh seorang wakil Singapura bahawa atlet berumur 22 tahun itu tidak ada bersama-sama rakan sepasukannya.
Pemenang pingat emas Olimpik itu telah dikritik susulan kenyataannya "mengajar mereka satu dua perkara" yang dikatakan telah disalah tafsir.
Schooling menamatkan penguasaan perenang legenda Amerika Michael Phelps dalam acara 100m kupu-kupu lelaki pada Olimpik Rio tahun lepas.
Acara renang temasya dwitahunan itu dijadualkan dari 21 hingga 26 Ogos di Pusat Akuatik Negara di Bandar Sukan KL, Bukit Jalil.
Edisi ke-29 Sukan SEA akan berlangsung secara rasmi dari 19 hingga 30 Ogos yang mempertandingkan 404 acara membabitkan 38 jenis sukan.
Sementara itu, anggota pasukan polo air dan memanah Singapura juga telah mendarat di KLIA hari ini.
Pengurus pasukan akuatik Singapura Edwin Ker berkata pasukan lelaki yakin mampu mengekalkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA Singapura dua tahun lepas manakala skuad wanita pula bertekad untuk menebus kekecewaan kalah kepada Thailand di gelanggang sendiri.
"Sasaran kami pingat emas. Semoga pasukan terbaik akan menang," katanya kepada pemberita di KLIA.
Bagi pasukan memanah, ketuanya Wong Liang Peng berkata mereka menyasarkan untuk mengutip sebanyak pingat emas yang mungkin dalam setiap kategori.
"Kami telah menjalani latihan sejak awal tahun ini, enam kali seminggu. Mereka turut dihantar ke Korea Selatan untuk membuat persiapan akhir," katanya.
Acara polo air akan berlangsung dari 15 hingga 20 Ogos manakala memanah dari 16 hingga 22 Ogos, kedua-duanya di Bandar Sukan KL.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 13 2017
Schooling sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang telah disalah tafsir. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Pemberita hampa perenang Singapura, Joseph Schooling, tidak muncul
Pemberita hampa apabila juara Olimpik Singapura Joseph Schooling tidak muncul tatkala pasukan renang negara pulau itu tiba di sini hari ini untuk Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).