awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat TRW boleh beli tiket secara online

Astro Arena
Astro Arena
19/02/2015
07:47 MYT
Peminat TRW boleh beli tiket secara online
Peminat turut boleh mendapat jadual perlawanan dan tarikh kutipan tiket dan sebagainya menerusi laman tersebut. - Gambar Fail
Peminat The Red Warriors (TRW) kini tidak perlu beratur panjang mahupun berasak-asak untuk mendapatkan tiket selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyediakan perkhidmatan pembelian tiket secara online.
Apa yang mustahak, penyediaan perkhidmatan menerusi laman www.ticketnow.com.my itu bagi mengelak daripada gejala ulat tiket yang semakin berleluasa pada setiap perlawanan.
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata melalui entri Facebooknya semalam: "Tidak perlu membeli daripada ulat, tidak perlu beratur panjang, tidak perlu tunggu hari perlawanan, Kafa sudah pun melancarkan penjualan tiket secara online (atas talian) bagi semua perlawanan liga musim ini."
Menurutnya, selain membeli tiket, peminat turut boleh mendapat jadual perlawanan dan tarikh kutipan tiket dan sebagainya menerusi laman tersebut.
Annuar melalui entrinya sebelum ini turut berkongsi perlawanan Liga Super Kelantan menentang Lion XII kelmarin yang dicemari dengan insiden penjualan tiket melalui ulat ini.
“Ternyata tiket yang dijual adalah tiket asal, persoalannya dari mana (tiket)? Kawalan jumlah penyokong akan menjadi sukar jika berlaku ketirisan.
“Harap pihak pengurusan (Kafa) buat laporan kepada pihak Jawatankuasa Intergriti, Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat puncanya, kepada mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil membantu siasatan,” katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan pembelian tiket online akan ditutup dua hari sebelum perlawanan berlangsung, maka pembelian lebih awal disarankan bagi memastikan urusan bersama ulat tiket dapat dielakkan.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Facebook
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan