Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Pengadil berat sebelah - Solskjaer

Pengadil berat sebelah - Solskjaer
Nemanja Matic ditunjukkan kad kuning oleh Kevin Friend semasa perlawanan EFL antara Manchester City dan Manchester United di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 29 Jan, 2020. REUTERS
MANCHESTER CITY 0 MANCHESTER UNITED 1
(City mara dengan agregat 3-2)

Ole Gunnar Solskjaer menyelar pengadil, Kevin Friend, yang membuat keputusan lucu atas layangan kad merah terhadap Nemanja Matic tetapi kagum dengan persembahan Manchester United dalam kemenangan Piala Liga Inggeris (EFL) di Manchester City awal pagi tadi.
Matic menyumbat gol tunggal perlawanan dalam babak pertama tetapi kemenangan 1-0 itu tidak mencukupi buat United untuk menempah laluan ke final berikutan bekalan kemenangan pertama 3-1 City nyata memainkan peranan utama.

Tatkala United memburu gol kedua, Matic mengutip kad kuning kedua atas kekasaran kecil terhadap Ilkay Gundogan selepas dia terlebih dahulu menerima amaran awal kerana mengasari Riyad Mahrez.
Solskjaer berang dengan insiden kad merah itu sambil mempersoalkan tindakan keras pengadil terhadap Matic, namun seolah-olah membenarkan beberapa pemain City terlepas daripada hukuman kerana melanggar peraturan, apatah lagi skuad kendalian Pep Guardiola berkenaan sebelum ini sering dikritik berhubung kekasaran taktikal.

"Sudah tentu, adalah sukar untuk datang ke sini (Stadium Etihad), menjaringkan satu gol dengan 11 atau 10 pemain, ia tidak sepatutnya menjadi insiden dibuang padang," katanya kepada Sky Sports.

"Ini adalah sesuatu yang amat melucukan. Dia (Matic) mengutip kad kuning atas kesalahan pertama dan hampir dilayangkan kad kuning kedua atas kekasaran keduanya --- padahal ia bukan satu kekasaran -- manakala layangan kad terakhir bukanlah kuning.

"Berapa kerap mereka menjatuhkan kami? Berapa banyak kali Daniel James dikasari? Berapa kali dalam separuh masa pertama mereka mengasari Jesse (Lingard)?

"Itulah soalan pertama yang patut ditanya dan ia tidak sepatutnya menjadi sebegini kerana saya sangat bangga dengan barisan pemain ini.

"Mereka telah mengalahkan City dua kali di laman lawan dalam tempoh enam minggu. Mereka telah memerah keringat.”

Sekalipun tewas dalam pertemuan kedua itu, City akan menghadapi Aston Villa dalam perlawanan akhir pada 1 Mac depan.




Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro