awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penonton Piala AFF melimpah? Ini jawapan FAM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
12/12/2018
11:29 MYT
Penonton Piala AFF melimpah? Ini jawapan FAM
FAM sedia bekerjasama dengan PDRM berhubung dakwaan isu kebanjiran penyokong yang melebihi kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan isu kebanjiran penyokong yang melebihi kapasiti di Stadium Nasional Bukit Jalil semasa perlawanan Final Piala AFF 2018, Malaysia menentang Vietnam malam tadi (Selasa, 11 Disember).
FAM memaklumkan, ia telah mengambil maklum perkara itu dan akan memastikan insiden itu tidak akan berulang.
"Tindakan ini susulan daripada pelbagai spekulasi di media sosial berhubung kebanjiran penyokong melebihi kapasiti yang bukan saja mencemarkan reputasi FAM tetapi turut mengancam keselamatan penyokong," kata FAM dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, seramai 84,500 penyokong dilaporkan hadir bagi menyaksikan perlawanan itu.
Namun berdasarkan angka kehadiran, penyokong yang hadir itu tidak sama seperti jumlah tiket yang telah habis dijual.
Laporan tersebut dibuat wartawan Astro AWANI, Ian Johan Ariff yang meninjau keadaan di dalam stadium semasa perlawanan tersebut.
Topic Berkaitan
#FAM
#Malaysia
#PDRM
#Piala Aff 2018
#Stadium Bukit Jalil
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan