Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui penting bagi sesebuah kelab bola sepak mempunyai falsafah yang selari dengan misi dan visi badan induk.
Beliau berkata demikian selepas delegasi FAM didedahkan kepada falsafah, tradisi dan prinsip asas kewujudan Tokyo FC, pendahulu Divisyen Satu Liga J, serta kaedah kerjasama dengan komuniti dan sekolah dalam memastikan pembangunan bola sepak kekal mekar ibu kota Jepun itu.
"Lawatan ke Tokyo FC ini menunjukkan betapa pentingnya kelab mempunyai falsafah tersendiri yang selari dengan misi dan visi badan induk.
"Tokyo FC mempunyai identiti, tradisi, prinsip asas penubuhan dan falsafah pembangunan pemain serta DNA yang jelas untuk dikongsi bersama semua pemegang taruh. Ini yang harus ada dengan ahli gabungan FAM serta program pembangunan belia seperti NFDP," kata Hamidin dalam entri terkini laman Facebook rasmi FAM.
Selepas taklimat hampir dua jam oleh Pengurus Strategi Belia dan Jabatan Pembangunan Tokyo FC, Takashi Okuhara dan Pengurus Jabatan Perakaunan dan Perancangannya, Nobuki Kobayashi semasa lawatan itu, delegasi FAM dibawa melawat Stadium Ajinomoto yang juga gelanggang Tokyo FC dikongsi bersama Tokyo Verdy, kelab divisyen dua.
Tokyo FC yang ditubuhkan pada 1935 dengan nama Tokyo Gas Soccer Club, kini mendahului divisyen satu Liga J dan dibimbing oleh Kenta Hasegawa.
Antara nama besar yang pernah menyarung jersi Tokyo FC ialah Yuto Nagatomo dan Yuichi Doi.
Okuhara berkata pembangunan pemain mereka bermula pada peringkat pertumbuhan iaitu di sekolah, seterusnya ke peringkat pembangunan pada usia bawah 15 tahun (B-15).
"Pemain B-18 tahun kami pula ada seramai 45 pemain, dibahagikan kepada dua pasukan, satu pasukan bertanding dalam Liga nasional, satu lagi di Liga Tokyo.
"Kami juga mempunyai pusat latihan sendiri yang sedia lengkap dan dengan ini kelab dapat membantu Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) dalam membentuk pembangunan pasukan kebangsaan," katanya.
Delegasi FAM kemudian turut dibawa melawat Stadium Ajinomoto yang dibuka secara rasmi pada 10 Mac 2001 dengan kapasiti 49,970 penyokong. Ia adalah stadium pertama menggunakan hak nama jenama di Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 29 2019
Hamidin dihadiahkan jersi kelab oleh Presiden Tokyo FC, Naoki Ogane. Foto Facebook FAM
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.