awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran adakan perhimpunan prokerajaan ketika proses antikerajaan berterusan
Modul latihan pengurusan NGO Islam akan diperkenal - Zulkifli
Pelabuhan Pulau Pinang harus jadi 'homeport' wilayah utara - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Harimau Malaya 'mandi hujan batu' di Indonesia

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/09/2019
11:27 MYT
Penyokong Harimau Malaya 'mandi hujan batu' di Indonesia
Video tersebut menunjukkan situasi di mana kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya diserang dengan balingan batu ketika ingin menuju masuk ke dalam Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. - Gambar Twitter/fadryyy_
Sebentar lagi, Harimau Malaya akan menentang skuad Garuda dan ia merupakan perlawanan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peminat bola sepak tanah air.
Pasukan negara dijangka berdepan tekanan daripada pasukan Indonesia dan penyokong mereka dalam perjuangan pasukan negara untuk layak menyertai Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Namun, sebelum perlawanan bermula, telah tular beberapa video yang agak kurang menyenangkan.
Video tersebut menunjukkan situasi kumpulan penyokong Ultras Malaya diserang dengan balingan batu ketika ingin menuju masuk ke dalam Gelora (Gelanggang Olah Raga) Bung Karno, Indonesia.
Menurut jurulatih bola sepak Malaysia, Shazwan Wong, insiden dipercayai berlaku sekitar jam 3.30 petang sejurus selepas penyokong Malaysia tiba di stadium itu.
"Kami mula dibaling batu sewaktu memasuki stadium," kata Shazwan.
Ultras Malaya yang datang disambut dengan balingan batu Datang nak tengok bola bukan membunuh . stop la dengan mentaliti sampah tu . FIFA patut banned je dorang ni. pic.twitter.com/RhMHxJouKb
— fádizsem (@fadryyy_) September 5, 2019
suruh datang di GBK tapi dilayan sebegini . suruh away tu maybe semata mata nak buat macam ni pic.twitter.com/P3cunHoKOC
— fádizsem (@fadryyy_) September 5, 2019
Ini bukanlah perkara yang kita inginkan meskipun kita sememangnya mengharapkan satu kemenangan buat negara.
Astro AWANI dan rakyat Malaysia mengharapkan semua penyokong yang berada di sana selamat dan menjaga tingkah laku kita sebagai tetamu.
Buat pasukan negara kami doakan anda akan memberikan persembahan permainan yang terbaik.
Buat semua penyokong ingatlah #JanganGaduhGaduh.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Garuda
#Harimau Malaysia
#Indonesia
#Malaysia
#Malaysia vs Indonesia
#Piala Dunia
#rakyat Malaysia
#Ultras Malaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan