awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak kekal tangga kedua Liga Super

Bernama
Bernama
14/07/2018
21:43 MYT
Perak kekal tangga kedua Liga Super
Pemain pasukan Perak, Wander Luiz (kuning) melakukan sepakan ke arah pintu gol pasukan Pahang dalam perlawanan di Stadium Perak, malam tadi. --fotoBERNAMA
Perak mengekalkan tangga kedua carta Liga Super walaupun seri 1-1 menentang juara Piala FA, Pahang, di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Keputusan seri itu menyaksikan skuad 'The Bos Gaurus' mengutip 32 mata setelah mengharungi 19 perlawanan setakat ini.
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut selepas mengatasi Perak 2-1 di Ipoh, baru-baru ini.
Pada aksi malam tadi, bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Pahang di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-16 sebelum Mohd Nor Hakim Hassan menyamakan kedudukan untuk Perak, selang sembilan minit kemudian.
Pahang pula naik dua anak tangga ke kedudukan ketiga carta Liga Super menerusi kelebihan jaringan walaupun berkongsi 30 mata bersama Kedah dan Terengganu FC 1 (TFC 1).
PKNS FC pula kekal (TFC I) l di tangga keenam walaupun mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas TFC I di Stadium Shah Alam.
Empat gol skuad Semut Merah dijaringkan oleh Bruno Matos menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 dan gol padang pada minit ke-78, Zac Anderson (minit ke-38) dan Muhammad Jafri Firdaus Chew pada minit ke-65.
Wakil Perak, PKNP FC turut meraih tiga mata berharga setelah menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Dua gol pasukan pelawat dijaringkan oleh Mohamad Hafiz Ramdan pada minit ke-64 dan Kim Sangwoo pada minit ke-83 manakala gol tunggal Negeri Sembilan disumbangkan oleh Nicolas Leandro Velez pada minit ke-78.
Kelantan pula gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah seri 1-1 menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Pasukan tuan rumah mendahului perlawanan hasil jaringan Shafiq Shaharudin pada minit ke-11 sebelum Yahor Zubovich menyamakan kedudukan untuk Melaka United menerusi sepakan penalti pada minit ke-90.
Dalam saingan Liga Premier, MIFA memintas kedudukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setelah menang tipis 1-0 ke atas Johor Darul Ta'zim II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor Bahru.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh L'Imam Seydi pada minit ke-52.
Satu lagi aksi Liga Premier menyaksikan Pulau Pinang dan UiTM FC berkongsi satu mata setelah seri tanpa jaringan pada aksi di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Johor Darul Ta'zim
#Liga Super
#Norshahrul Idlan Talaha
#Pahang
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan