Tutup

Berita  | Sukan

Perpindahan Harry Maguire ke Old Trafford cipta rekod dunia

Perpindahan Harry Maguire ke Old Trafford cipta rekod dunia
Maguire (gambar) sudah lama menjadi tumpuan pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. REUTERS/Fail
PERPINDAHAN Harry Maguire dari Leicester ke Manchester United mencipta rekod baharu.

Man U telah membayar 80 juta pound untuk khidmat Maguire, sekali gus mencipta rekod dunia bagi pemain pertahanan.

Kontrak Maguire di Old Trafford adalah untuk enam tahun.

Dia yang juga beraksi untuk pasukan kebangsaan England sudah lama menjadi tumpuan pengurus Man U, Ole Gunnar Solskjaer.
Penyertaan Maguire adalah bagi memperkukuh barisan pertahanan Manchester United bagi musim baru liga.