Langkah kerajaan memperuntukkan RM10 juta dalam Belanjawan 2019 kepada pembangunan E-Sukan memberikan suntikan semangat pada penampilan sulung sukan berkenaan di Sukan SEA Manila 2019.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengumumkan peruntukan itu pada pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat hari ini berkata dana berkenaan akan disalurkan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dengan bantuan dana yang sebesar itu, sudah pasti Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) dapat merangka persiapan lebih lengkap serta menumpukan aspek pembangunan akar umbi sukan berkenaan.
"Peruntukan RM10 juta E-Sukan membantu 'mempercepatkan' pembangunan sukan terbabit dan pada masa yang sama dapat menyediakan pasukan yang kuat bagi menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina yang akan menyenaraikan E-Sukan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, Majlis Olimpik Asia (OCA) memaklumkan E-Sukan akan menjadi acara yang menawarkan pingat pada Sukan Asia 2022 di China manakala Paris bakal mempertimbangkan acara itu di Sukan Olimpik 2024.
Sementara itu, Presiden ESM Datuk Latt Shariman Abdullah menyambut baik peruntukkan yang diberikan kerajaan itu dan menyifatkan ia suatu perkembangan positif buat komuniti E-Sukan di negara ini.
"Pemberian dana RM10 juta itu seiring dengan status Malaysia sebagai negara keenam di dunia yang mengiktiraf pemain E-Sukan sebagai atlet.
"ESM bercadang membina sebuah pusat latihan yang lengkap di Lembah Klang bagi atlet E-Sukan negara menjalani latihan dan tidak perlu lagi bergantung kepada pusat latihan swasta yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi," katanya.
Permainan E-Sukan seperti Dota 2, Mobile Legends, Counter Strikes, FIFA, PES dan League of Legend dilihat antara permainan yang bakal menjadikan E-Sukan, sukan pilihan untuk negara mendapatkan pingat di Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 02 2018
Pemberian dana RM10 juta diumum Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat seiring dengan status Malaysia sebagai negara keenam di dunia yang mengiktiraf pemain E-Sukan sebagai atlet. Astro AWANI / Shahir Omar
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Henti geran percuma usahawan bumiputera, satu langkah tidak produktif - Abdul Rahman
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, jika benar bantuan geran modal kepada syarikat bumiputera itu dihentikan, banyak di antara usahawan bumiputera yang akan menjadi mangsa.
Perbelanjaan kerajaan selari unjuran Bajet 2019
Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan negara setakat pertengahan tahun ini adalah selari dengan unjuran Bajet 2019.
Bonus kedua kepada penjawat awam Perak dibayar 16 Mei ini
Bayaran berkenaan melibatkan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM2,000 seorang seperti diumumkan dalam Bajet 2019 Negeri Perak, November lalu.
Bajet 2019: DBKL peruntuk RM2.896 bilion untuk memenuhi aspirasi warga kota
Anggaran hasil 2019 dijangka menurun kepada RM2.465 bilion berbanding RM 2.667 bilion dalam tahun 2018 iaitu penurunan sebanyak 7.5 peratus.
Rebat bil elektrik RM40 kepada 185,000 miskin tegar tahun hadapan
Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini merupakan program bantuan kerajaan secara bersasar khusus kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.
Belanjawan 2019 diluluskan Dewan Rakyat
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengumumkan keputusan itu pada kira-kira 10.20 malam tadi.
RM98 juta peruntukan Belanjawan 2019 Kementerian Pertahanan untuk veteran
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini.
MPM bimbang jurang kekayaan semakin melebar
Datuk Akbar Ali berkata Belanjawan 2019 tidak menangani secara jelas bahagian pertama Tonggak II rancangan pembangunan lima tahun itu.
Cukai 5% terhadap semua aktiviti petroleum di Sarawak
Sarawak akan melaksanakan cukai jualan 5% terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Sistem baharu mampu selesaikan lambakan rumah tidak terjual - Tun Mahathir
Sistem baharu melalui platform property crowdfunding akan memberi penyelesaian kepada isu lambakan rumah tidak terjual dan memastikan orang ramai mampu memiliki kediaman sendiri.