Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi tempoh seminggu kepada Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) mengemukakan rayuan berhubung penyingkiran skuad Singa Utara daripada Liga Malaysia 2019.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, Ahli Lembaga Pengarah MFL akan meneliti rayuan tersebut, sebelum membuat keputusan muktamad, dua hari selepas PFA menghantar surat rayuan.
"Kami telah memberikan tempoh tujuh hari kepada PFA, walaupun kebiasaannya adalah 14 hari tempoh rayuan bagi urusan pentadbiran, tetapi memandangkan ia satu kes serius kami memberikan tujuh hari sahaja.
"Bagi saya sudah tentu jika apa-apa keputusan yang diputuskan kepada mana-mana pihak, mereka akan cuba sedaya upaya untuk membuat rayuan.
"Dalam kes ini jika satu rayuan mahu dibuat, ia harus memiliki alasan cukup kukuh untuk kita ambil kira sebelum keputusan rayuan dibuat," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan wakil PFA di ibu pejabat MFL, di sini, pada Khamis.
BACA: Usaha PFA selesai isu tunggakan gaji harus dicontohi - FAM
Dalam pada itu, Kevin menjelaskan pihaknya tidak akan menerima penyertaan pasukan Terengganu City FC yang dilaporkan berminat menggantikan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 kerana tidak mahu masalah kewangan yang melanda Perlis, turut melanda pasukan lain sehingga mencemar imej Liga Malaysia.
"Jika ada mana-mana pasukan dikeluarkan, berdasarkan keputusan yang telah dibuat pada musim lepas, kita tidak akan menggantikan mana-mana pasukan.
"Jika kita terburu-buru menggantikan pasukan, kita tidak mahu berhadapan masalah yang sama dengan pasukan yang kita masukkan itu. Jadi sama seperti tahun lalu, kita akan berjalan dengan 11 pasukan dan tiada pasukan ganti," tegas Kevin.
BACA: Safee tinggalkan Singa Utara untuk ajar pengurusan
Ditanya mengenai status tiga perlawanan membabitkan Perlis dalam saingan Liga Premier 2019 sebelum ini, Kevin berkata keputusan tersebut akan dimaklumkan selepas tamat tempoh permohonan rayuan berkenaan, sambil menambah perlawanan keempat Liga Premier di antara Kelantan dan Perlis di Kota Bharu, esok adalah ditunda dan bukannya dibatalkan seperti yang dilaporkan sesetengah media tempatan.
Untuk rekod, Ahli Lembaga Pengarah MFL mencapai keputusan sebulat suara pada Rabu, untuk menyingkirkan Perlis daripada saingan Liga Malaysia 2019 setelah mendapati PFA tidak memiliki kewangan kukuh pada musim ini selain berdepan masalah tunggakan gaji.
Penyingkiran Perlis bukanlah perkara baharu kerana MFL pernah menyingkirkan wakil Pahang, Kuantan FA yang tidak turun beraksi menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam dalam saingan Liga Premier 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 21 2019
KEVIN: Jika kita terburu-buru menggantikan pasukan, kita tidak mahu berhadapan masalah yang sama dengan pasukan yang kita masukkan itu. - Gambar fail
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.