Berita  | Sukan

Piala AFF: Pesta menonton #WeBelangTogether, ribuan banjiri Dataran Merdeka

Piala AFF: Pesta menonton #WeBelangTogether, ribuan banjiri Dataran Merdeka
Pesta tontonan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama radio ERA ini berlangsung sejak jam 6 petang. - Foto Astro AWANI/Firdaus Alauddin
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong skuad Harimau Malaya membanjiri Dataran Merdeka di ibu negara malam ini bagi menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir kedua bola sepak Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia menentang Vietnam di Hanoi.

Pesta tontonan menerusi layar gergasi anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama radio ERA itu berlangsung sejak jam 6 petang tadi.






"Saya jangkakan hari ni pasukan Malaysia akan menang 2-1," kata  ramal Nur Amelia Kamaruddin, 27, kepada wartawan Astro AWANI.

                                 .
Dalam pada itu, seorang lagi yang hadir Muhammad Mahdi Johari, 27, berkata terdapat perbezaan pengalaman menonton di rumah dan di Dataran Merdeka.
"Menonton di rumah sangat berbeza, dan ini merupakan pusingan kedua dan Malaysia mesti menang," katanya berkobar-kobar.

Foto Astro AWANI

Perpaduan atas semangat #WeBelangTogether

Sementara itu, semangat #WeBelangTogether ternyata turut menyerlahkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dan pecinta sukan tanahair.

Menurut Jasvinder Singh, 24, beliau turun hari ni dengan satu hasrat, menyemarakkan perasaan #WeBelangTogether.

"Kita rakyat Malaysia sebagai satu dan bola sepak hari ini menyatukan kita tanpa mengira kaum," katanya.


Buat Shaunvinder, 20, menjelaskan dia yakin semangat perpaduan mampu tercipta menerusi acara sukan.

"Hari ni merupakan bukti kita semua bersatu atas satu dasar untuk pulang dengan piala bagi tanahair tercinta," katanya.

Foto Astro AWANI

Terdahulu Malaysia telah berjaya mengikat Vietnam dengan kedudukan 2-2 ketika perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ketinggalan meniup kata-kata semangat khusus buat skuad Harimau Malaya yang bakal berjuang menentang pasukan Vietnam sempena perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 yang bakal berlangsung di Hanoi malam ini.

Pada aksi pertama, skuad Harimau Malaya dan Vietnam terikat dua sama.