Semi final, here we come!

Mungkin itu sorakan yang bergema di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas Malaysia berjaya menewaskan Myanmar untuk mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala AFF Suzuki 2018, sebentar tadi.

Pemain senior, Norshahrul Idlan Talaha menggembirakan lebih 80,000 penyokong Malaysia apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke 26, sebelum kapten, Mohd Zaquan Adha, tidak mensia-siakan peluang merembat masuk penalti untuk gol kedua skuad negara, 3 minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Stadium sekali lagi gegak gempita apabila Zaquan menjaringkan gol ketiga negara pada minit ke 88.

Pencapaian ini sekali gus memastikan Malaysia menebus kekecewaan saingan dua tahun lalu, yang berakhir di peringkat kumpulan.

Lawan Malaysia di pusingan separuh akhir bakal ditentukan esok.

Perlawanan dalam Kumpulan B bakal menyaksikan Thailand bertemu Singapura, manakala Indonesia bertemu Filipina.