Selepas gagal mencatatkan kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut, pengendali skuad kebangsaan Datuk Ong Kim Swee mahu fokus untuk memperkukuhkan barisan serangan negara.
Katanya, beliau perlu memperbaiki kelemahan di bahagian serangan sebelum kempen Piala AFF Suzuki bermula pada 19 Nov di Myanmar untuk mencapai sasaran iaitu mara ke peringkat akhir.
"Saya percaya bahawa kita sepatutnya menang perlawanan tadi, terutama dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain pada separuh masa kedua. Saya akan fokus pada latihan untuk memperbaiki dan mendapatkan corak serangan yang lebih kemas sebelum perlawanan pertama Piala AFF pada 21 Nov.
"Bagaimanapun saya cukup kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh barisan pertahanan hari ini," katanya pada sidang media selepas seri 1-1 dalam aksi persahabatan menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam di sini, malam ini.
Pada aksi malam ini, Afghanistan yang menghuni ranking ke-149 dunia, terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Noarollah Amiri sebelum Muhd Hadin Azman menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa pertama.
Untuk rekod, dalam tiga perlawanan terakhir, skuad Harimau Malaysia hanya menjaringkan satu gol pada malam ini, selepas terikat tanpa jaringan bersama Singapura pada Jumaat lalu dan tewas 3-0 kepada Indonesia 6 Sept lalu.
Sementara itu, ketua jurulatih Afghanistan, Petar Segrt kecewa dengan kurangnya kehadiran peminat tempatan semasa perlawanan itu.
"Bagaimanapun, Saya berpuas hati dengan prestasi anak-anak buah saya. Kami menguasai permainan pada masa pertama, mempunyai peluang baik dan bermain dengan bersemangat. kami juga gembira dengan menjaringkan gol pertama," katanya.
Malaysia hanya mencatatkan tiga kemenangan daripada 11 perlawanan sepanjang tahun ini, iaitu dua kemenangan 3-0 ke atas Timor Leste dalam aksi playoff kelayakan Piala Asia 2019 pada Jun lalu dan kemenangan keatas New Caledonia, yang kemudian tidak diiktiraf oleh FIFA kerana kesilapan teknikal di pihak penganjur.
Skuad kebangsaan seterusnya dijangka berhadapan dengan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Papua New Guinea pada 14 Nov di Malaysia, sebelum Kim Swee memuktamadkan senarai 23 pemain untuk Piala AFF yang akan bermula 19 Nov hingga 17 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2016
Foto: Astro ARENA
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha pemulihan - Kor Ming
Pasaran hartanah Malaysia dalam usaha menuju pemulihan yang dibuktikan dengan peningkatan jumlah dan nilai urus niaga hartanah pada tahun lepas serta pertumbuhan ekonomi yang stabil.
Terbabas ke bahu jalan, pemandu lori simen maut
Seorang lelaki maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan dan terbalik di bahu jalan di kawasan Loji Cinta Mata, di Jalan Table, Tawau pada Selasa.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kementerian Perpaduan Negara peruntuk RM20 juta perkasa Rukun Tetangga
Kementerian Perpaduan Negara memperuntukkan RM20 juta bagi memperkasakan Rukun Tetangga (RT) menerusi Inisiatif Pemerkasaan RT Sebagai Penggerak Komuniti Progresif yang dilancarkan hari ini.
Haram, berdosa tunai haji tanpa visa haji
Islam menetapkan kepentingan untuk taat kepada Allah, Rasul dan pemimpin atau peraturan dalam melakukan sesuatu perkara.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
KKR syor teliti semula tempoh siap projek
Ahmad berkata ia termasuk mempraktiskan amalan terbaik dari negara luar dalam menyiapkan projek pembinaan rumah dan jambatan dalam tempoh singkat.
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
Nurulhidayah lega pernikahan disahkan kerajaan Malaysia
Anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menarik nafas lega apabila pernikahannya bersama suami disahkan oleh kerajaan Malaysia.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Terbaharu, beliau berpeluang berkongsikan mesej tersebut sewaktu diberi penghormatan menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Masa Depan Dunia Islam’, di Perpustakaan Negara Qatar, di Universiti Hamad bin Khalifa, di sini pada Selasa.
Pergaduhan: Terengganu FC II didenda RM10,000, Penang FC RM5,000 - FAM
Terengganu FC II dikenakan hukuman denda sebanyak RM10,000 manakala Penang FC pula RM5,000 susulan insiden di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
AFF: Proses pembangunan tidak sistematik punca kegagalan - Teong Kim
Bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim mempertahankan prestasi mengecewakan barisan pemain muda negara pada kempen Kejuaraan B-23 AFF.
'Saya hormati keputusan Cheng Hoe - Ahmad Faizal
"Saya hormati keputusan Tan Cheng Hoe kerana saya pasti beliau telah bincangkan perkara ini bersama barisan kepimpinan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia)".
FAM lancar bola sepak 'Cara Malaysia'
DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Cara Malaysia' merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara.
TMJ hanya perlu satu penggal untuk ubah bola sepak negara
Pemilik JDT itu turut berpandangan sudah tiba masa FAM bebas daripada pengaruh individu yang hanya menggunakan kedudukan dalam badan induk itu sebagai kepentingan peribadi.
Tony Fernandes berminat bantu bola sepak Malaysia
Tony berkata beliau sangat meminati bola sepak dan akan menggunakan segala pengalamannya sewaktu menaja pasukan Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers untuk kemajuan bola sepak negara.
Harimau Malaysia jatuh ranking ke kedudukan 174 senarai FIFA
Ia satu tamparan hebat kepada bola sepak Malaysia selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.