Rusia akan mengambil semua langkah perlu untuk mencegah serangan pengganas dan tindakan ganas, sepanjang berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2018, lapor agensi berita TASS Rusia.
"Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua pemain dan peminat merasa selesa serta selamat ketika berada di Rusia," kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dalam temu bual dengan Mexico Excelsior pada Jumaat.
Berikutan itu, katanya sebuah pejabat operasi ditubuhkan, bagi menyelaras usaha pencegahan oleh agensi keselamatan.
Menurutnya, perhatian serius juga diberikan kepada masalah tindakan ganas penyokong.
"Bagi meminimumkan risiko, Rusia menjalin kerjasama erat dengan rakan dari negara luar," katanya.
Piala Dunia FIFA 2018 akan diadakan bermula 14 Jun hingga 15 Julai 2018, di 11 bandar raya iaitu Moscow, St. Petersburg, Kazan, Nizhny Novgorod, Saransk, Kaliningrad, Volgograd, Yekaterinburg, Samara, Sochi dan Rostov-on-Don.
Antara negara yang layak menyertai Piala Dunia 2018, selain tuan rumah Rusia ialah Belgium, Jerman, England, Sepanyol, Poland, Iceland, Serbia, Perancis, Portugal, Switzerland, Sweden, Croatia dan Denmark (Eropah).
Negara lain, Brazil, Uruguay, Colombia dan Argentina (Amerika Selatan); Mexico, Costa Rica dan Panama (Amerika Utara); Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi (Asia); Nigeria, Mesir, Maghribi, Tunisia dan Senegal (Afrika).
Bagaimanapun, kejohanan kali ini, menyaksikan ketiadaan Itali, yang gagal layak buat kali pertama sejak 1958. Turut gagal menempah tiket ke kejohanan berprestij itu ialah Belanda, Amerika Syarikat dan Chile.
Peru muncul pasukan terakhir mengesahkan tempat selepas menundukkan New Zealand 2-0.
Undian untuk menentukan kedudukan pasukan yang bertanding akan diadakan pada 1 Disember
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata, sebuah pejabat operasi ditubuhkan bagi menyelaras usaha pencegahan oleh agensi keselamatan. - Gambar fail
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Skuad Waja perlu jadi mata dan telinga komuniti - Nancy
Keganasan terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia dan mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan.
12 terbunuh dalam letupan bom menjelang pilihan raya Pakistan
Pengeboman di bandar Pishin di wilayah Balochistan itu menyasarkan calon, sehari sebelum pilihan raya di Pakistan.
AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi
Pilihan raya Bangladesh: Penyokong maut ditikam
Penyokong calon Liga Awami itu dikatakan ditikam oleh penyokong calon bebas dalam kejadian di Tengor, Mirkadim.
13 terbunuh dalam keganasan terbaharu di Manipur
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan militan di negeri Manipur di timur laut India.
UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
CENTHRA komited tingkat mekanisme banteras keganasan di Asia
Cabaran penting yang timbul semasa perbincangan ialah jurang dalam menangani pencabulan hak asasi manusia secara berkesan.
19 maut akibat keganasan berkaitan pilihan raya di Filipina
Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat keganasan yang meletus semasa pilihan raya tempatan di Filipina.
Serang hospital, Israel adalah pengganas - Tun Mahathir
Tindakan rejim Zionis Israel bertindak keterlaluan dengan menyerang hospital di Gaza disifatkan sebagai kezaliman luar biasa.
Jokowi gesa kerjasama ASEAN banteras jenayah rentas sempadan
Dalam menghadapi dinamik global, Jokowi menggesa ASEAN untuk tetap bersedia menghadapi cabaran.