awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Ragbi: Dua perlawanan dibatalkan akibat Taufan Hagibis

Isabelle Leong
Isabelle Leong
10/10/2019
06:06 MYT
Piala Dunia Ragbi: Dua perlawanan dibatalkan akibat Taufan Hagibis
Taufan kategori tahap kedua dijangka akan melanda Tokyo manakala Toyota dijangka akan menerima impak tinggi daripada taufan yang melanda. - REUTERS
Dua perlawanan Piala Dunia Ragbi yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini dibatalkan susulan ancaman Taufan Hagibis yang dijangka melanda Jepun, kata penganjur kejohanan pada sidang akhbar pada Khamis.
Perlawanan Pool B antara New Zealand dan Itali di bandar Toyota serta Pool C antara England dan Perancis di Tokyo antara perlawanan yang terjejas setakat ini.
Taufan kategori tahap kedua dijangka akan melanda Tokyo manakala bandar Toyota dijangka akan menerima impak tinggi daripada taufan yang melanda.
Memetik laporan CNN, penganjurnya berkata perlawanan tersebut tidak akan dijadualkan semula dan dua mata akan diberikan kepada setiap pasukan, sejajar dengan peraturan kejohanan itu.
Pengarah Piala Dunia Ragbi, Alan Gilpin berkata mereka sedang berusaha untuk memastikan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad akan diadakan tetapi akan menilai semula kemudian.
Pengarah Piala Dunia Ragbi, Alan Gilpin berkata mereka sedang berusaha untuk memastikan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad akan diadakan tetapi akan menilai semula kemudian. - Foto REUTERS
Pengarah Piala Dunia Ragbi, Alan Gilpin berkata mereka sedang berusaha untuk memastikan perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad akan diadakan tetapi akan menilai semula kemudian. - Foto REUTERS
“Walaupun kami sedang membuat segala usaha untuk membuat perancangan kontingensi supaya semua perlawanan dapat berlangsung pada Sabtu, ia tindakan yang tidak bertanggungjawab jika kami meninggalkan pasukan, peminat, sukarelawan dan kakitangan kejohanan itu terdedah kepada taufan yang teruk.
“Kami tahu bahawa peminat England, Perancis, New Zealand dan Itali akan kecewa tetapi kami percaya mereka faham keselamatan menjadi keutamaan.
“Kami akan mengembalikan wang kepada mereka yang sudah membeli tiket,” kata Giplin.
Pengangkutan awam di sekitar kawasan perlawanan akan ditutup pada Sabtu dan semua peminat yang berada di Jepun bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia Ragbi supaya tidak meninggalkan rumah. - REUTERS
Pengangkutan awam di sekitar kawasan perlawanan akan ditutup pada Sabtu dan semua peminat yang berada di Jepun bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia Ragbi supaya tidak meninggalkan rumah. - REUTERS
Pengangkutan awam di sekitar kawasan perlawanan akan ditutup pada Sabtu dan semua peminat yang berada di Jepun bagi menyaksikan perlawanan Piala Dunia Ragbi supaya tidak meninggalkan rumah.
Topic Berkaitan
#England
#Itali
#New Zealand
#Perancis
#piala dunia ragbi
#Tokyo
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan