Aksi peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2018 bakal menjadi satu perlawanan yang menarik apabila dua seteru hebat di Lembah Klang, Kuala Lumpur dengan Selangor akan berentap bagi merebut slot ke peringkat separuh akhir.

Bukan itu sahaja, cabutan undi yang menentukan Pahang menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) turut menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Perak The Bos Gaurus diramal berdepan laluan sukar apabila diundi bertemu PKNS FC yang telah mengalahkan Kelantan pada peringkat ketiga dengan agregat 4-1.

PKNP FC berpeluang mencipta sejarah baharu dalam pasukan mereka untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA pertama kali apabila diundi bertemu Felda United.
Perlawanan antara Kuala Lumpur dengan Selangor dan Pahang dengan JDT bakal menjadi perlawanan tumpuan bagi peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2018.
Perlawanan antara Kuala Lumpur dengan Selangor dan Pahang dengan JDT bakal menjadi perlawanan tumpuan bagi peringkat suku akhir Shopee Piala FA 2018.
Pada majlis undian yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, perlawanan pusingan pertama akan diadakan pada 6-8 April manakala pusingan kedua pada 20-22 April.