awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: Penyokong Kelantan diminta jaga disiplin

Bernama
Bernama
22/05/2015
12:18 MYT
Piala FA: Penyokong Kelantan diminta jaga disiplin
Final Piala FA 2015 antara Kelantan dan Lions XII dari Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Penyokong The Red Warriors (TRW) perlu menjaga disiplin sepanjang perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Lions XII berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Sabtu.
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mohd Khairi Yazid berkata beliau berharap penyokong tidak membuat perkara yang boleh mencetuskan kontroversi pada perlawanan akhir itu.
"Saya harap penyokong lebih berdisiplin dan tidak membuat sebarang tindakan yang boleh menggangu perlawanan akhir piala FA malam esok.
"Tindakan seperti membakar suar dan lain-lain sudah jelas tidak dibenarkan, jadi saya harap penyokong tidak membawa masuk barang yang tidak sepatutnya," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Beliau juga berkata pemain TRW juga perlu mempamerkan aksi yang bertenaga pada perlawanan akhir tersebut bagi membolehkan pasukan menjulang piala FA buat kali ketiga.
"Saya harap pemain bagi komitmen 100 peratus, kita memang inginkan kemenangan dan tidak mahu piala FA dibawa keluar dari Malaysia.
"Ini juga merupakan peluang terbaik untuk TRW menjulang piala dan menghadiahkan sesuatu buat penyokong yang tidak putus-putus memberi sokongan pada saat pasukan susah," katanya.
Mohd Khairi berkata beliau yakin jurulatih Kelantan iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah mempunyai strategi yang mantap untuk memenangi perlawanan tersebut.
"Namun kita tidak boleh pandang rendah kekuatan Lions XII, mereka berjaya tewaskan Terengganu dan ia pencapaian yang baik.
"Saya yakin kita mampu menjulang piala FA tahun ini, harapan penyokong juga tinggi dan harap sokongan padu ini dapat membakar semangat pemain untuk berjuang," katanya.
Kelantan yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.
Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir, berdepan Terengganu, Sabtu lepas.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Kelate.net
#Lions Xii
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan