Pasukan bola sepak bawah 13 tahun negara meneruskan persembahan cemerlang di pentas antarabangsa apabila berjaya menjulang Piala Iber 2015 di Estoril, Portugal.

Mereka menewaskan pasukan bawah 13 Sporting Lisbon dengan jaringan 2-1.

Malaysia terlebih dahulu membuka tirai menerusi Lukman Hakim.



Sporting Lisbon kemudiannya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.


Babak kedua skuad muda negara meningkatkan asakan.



Gol kemenangan Malaysia muncul melalui sepak percuma Alias yang disambar tepat Haris Mansor terus ke gawang lawan.



Iber Cup ialah antara kejohanan bola sepak peringkat belia paling berprestij di dunia dan merupakan kejohanan yang disertai skuad bawah 13 tahun negara dalam siri jelajah Eropah.