awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala M'sia: Separuh akhir pertama Kelantan dan ATM ditukar ke Stadium Shah Alam

Bernama
Bernama
07/10/2013
12:59 MYT
Piala M'sia: Separuh akhir pertama Kelantan dan ATM ditukar ke Stadium Shah Alam
Venue perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kelantan pada 18 Okt ini telah ditukarkan ke Stadium Shah Alam.
Sebelum ini, perlawanan tersebut dijadualkan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) iaitu gelanggang tuan rumah ATM.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata penukaran venue itu adalah atas permintaan ATM selepas mengambil kira jumlah penonton dan soal keselamatan.
Bagaimanapun, sepak mula perlawanan itu kekal pada jam 8.45 malam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Stadium MPS mempunyai kapasiti 16,000 penonton manakala Stadium Shah Alam boleh menampung 80,000 penonton.
Stadium Shah Alam juga akan menjadi venue perlawanan akhir Piala Malaysia pada 3 Nov ini berikutan penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kerja-kerja penambahbaikan padang di dalam stadium berkenaan.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pertama, Pahang akan menentang juara Liga Perdana Sarawak pada 19 Okt ini.
Sementara itu, Hamidin berkata perlawanan akhir Piala Presiden 2013 antara Kelantan dan Perak akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, Sabtu ini, mulai 8.45 malam.
Topic Berkaitan
#ATM
#Kelantan
#Piala Malaysia
#venue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan