Piala Super Boost SportsFix adalah kejohanan bola sepak pertama bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru diubah suai, pada Januari tahun depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia Azman Fahmi Osman berkata kejohanan berkenaan akan menampilkan tiga kelab profesional - Kelantan FA dari Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi FC (Thailand).
Kejohanan itu menggunakan format 'round-robin', dengan perlawanan pertama melibatkan pertemuan Ratchaburi FC menentang Persija Jakarta pada 13 Jan, diikuti Kelantan FA berdepan Persija Jakarta 16 Jan, dan aksi Kelantan FA bertemu Ratchaburi FC pada 20 Jan.
"Kami gembira Stadium Nasional Malaysia digunakan untuk penganjuran kejohanan bola sepak. Kami yakin Stadium Nasional akan memberikan peminat bola sepak pengalaman berharga setanding mana-mana stadium di dunia.
"Matlamat kami adalah menganjurkan kejohanan bola sepak utama dengan membawa pasukan terbaik dari seluruh rantau ini bersama-sama beraksi di sini," katanya pada sidang media Piala Super Boost SportsFix 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Stadium berkenaan yang terletak di Bukit Jalil, kini dikenali sebagai Bandar Sukan Kuala Lumpur, ditutup untuk pengubahsuaian pada 2015 sebagai persiapan penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lepas.
Perlawanan persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menentang pasukan Pilihan Malaysia adalah aksi terakhir di stadium berkenaan pada 24 Julai, 2015, sebelum ia ditutup untuk pengubahsuaian.
Azman Fahmi berkata Kelantan FA dipilih menyertai kejohanan itu kerana pasukan berkenaan adalah antara terbaik di Malaysia, manakala Persija Jakarta dianggap pasukan paling mendapat sokongan di Indonesia, sementara Ratchaburi FC adalah salah sebuah pasukan terbaik di ASEAN.
Juara kejohanan berkenaan akan menerima hadiah wang tunai USD10,000 (RM40,800).
Tiket akan mula dijual pada 13 Dis, dengan harga RM10 bagi pelajar serta RM15 hingga RM120 untuk dewasa, dan boleh didapati di laman sesawang sportsfixcup.com.
- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2017
(Dari kiri) Azman Fahmi, CEO Kumpulan Total Sport Asia Marcus Luer, CEO SportsFix Carl Kirchhoff, CEO Boost Chris Tiffin pada sidang media 'Boost Sport Super Cup 2018 Announcement' di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Piala Super kejohanan pertama di Stadium Nasional selepas diubah suai
Kejohanan berkenaan akan menampilkan tiga kelab profesional - Kelantan FA dari Malaysia, Persija Jakarta (Indonesia) dan Ratchaburi FC (Thailand).