FRANK Lampard bangga dengan prestasi Chelsea dalam pertembungan Piala Super UEFA tetapi akur terlalu pahit untuknya menelan kekalahan kepada Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti.
Keputusan seri 2-2 di Istanbul, Turki, itu dalam pertembungan sesama kelab Inggeris yang julung kali terjadi menyaksikan perlawanan itu berakhir dengan pemenang Liga Juara-Juara (UCL) berkenaan menjulang kejuaraan dengan kemenangan 5-4.
The Reds menyempurnakan lima tendangan mereka sementara sepakan Tammy Abraham digagalkan oleh ketangkasan Adrian.
Chelsea, bagaimanapun, mempamerkan satu persembahan jitu di bawah kendalian pengurus baru itu biarpun sempat dibelasah 0-4 oleh Manchester United dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), Isnin lalu.
"Selepas aksi EPL yang lalu, malam ini kami di tahap yang berbeza dan kami tidak bernasib baik untuk menang," kata Lampard kepada BT Sport. "Kami akan mengharungi tiga perlawanan selepas sebelum rehat antarabangsa dan kami akan cuba memenanginya.
"Secara keseluruhannya, saya berasa bangga.. Saya si kalah yang teruk dan terburuk di dunia, namun saya gembira dengan prestasi pasukan memandangkan kami tidak bernasib baik. Pemain saya memperagakan corak permainan yang bersemangat, kemahuan dan usaha yang tinggi.
"Pihak lawan mempunyai tempoh rehat lebih dua hari daripada kami (mengalahkan Norwich City) jadi mereka mempunyai lebih banyak waktu untuk pemulihan dan kadang-kadang bola sepak juga memerlukan elemen nasib.
"Mason Mount dan Tammy Abraham memberikan dimensi berbeza sebaik dimasukkan cuma nasib tidak memihak mereka untuk mencetak gol. Tammy tidak perlu berasa kecewa kerana itulah asam garam menjadi pemain handalan."
Abraham terlebih dahulu memenangi penalti yang dimanfaatkan Jorginho untuk mengikat kedudukan 2-2 lalu mengheret aksi itu ke penentuan penalti.
Namun, sepakan pemain berusia 21 tahun itu dari jarak 12 ela diselamatkan oleh kaki kanan Adrian sekali gus membuka laluan kepada Liverpool untuk meraikan kejayaan.
"Saya telah memberitahunya supaya usah bimbang," kata Lampard mengenai penggempur itu.
"Saya juga pernah gagal dalam sepakan penalti, oleh itu sesiapa pun boleh gagal tetapi apa yang saya mahu lihat adalah keyakinan pemain muda untuk tampil menggalas tugas tersebut.
"Begitupun, semua orang asyik bercakap mengenai pemain muda di Chelsea, mari kita bercakap tentang sumbangan Jorginho dan (N'Golo) Kante, saya juga boleh menamakan beberapa pemain yang lain.
"Kami mempunyai kumpulan pemain yang berkualiti. Mereka ini sangat bagus dan kami bekerja keras.
"Saya cuba menerapkan corak permainan yang saya hajati dan ada banyak perkara baik yang berlaku malam ini," ujarnya.
Astro Arena
Thu Aug 15 2019
LAMPARD: Pemain saya memperagakan corak permainan yang bersemangat, kemahuan dan usaha yang tinggi.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Pemain Chelsea masih belum cukup matang - Mauricio Pochettino
"Menonton bola sepak pada usia 52 tahun, anda perlu mengenal pasti dengan cepat sekiranya pasukan itu bersedia untuk bersaing ataupun sebaliknya."
Cole Palmer buat peminat Man United bersahur dengan air mata
United mendahului 3-2 dan kelihatan bakal bawa pulang tiga mata namun Noni Madueke dijatuhkan Diogo Dalot pada minit ketujuh masa tambahan.
'Kami harap penyokong berada di belakang kami'
Pengendali kelahiran Argentina itu bergelut membina asas kukuh skuad Chelsea mewah, namun berada di tangga ke-11 dalam EPL.
Liverpool julang trofi pertama musim ini
Jaringan tuggal Virgil van Dijk pada babak kedua masa tambahan sudah memadai untuk The Reds mencipta rekod kejuaraan kali ke-10.
Chelsea intai kejutan ke atas Liverpool di Wembley
Misi Pochettino masih jauh dengan Chelsea di tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris, 25 mata di belakang Liverpool.
EPL: Rodri selamatkan maruah Manchester City ikat Chelsea
Raheem Sterling menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya untuk Chelsea mendahului pada tiga minit terakhir babak pertama.
Liverpool belasah Chelsea
The Reds menumpaskan Norwich 5-2 pada Ahad dan turut berlaku 'kejam' ke atas Chelsea ketika lawan mereka itu berkunjung ke Anfield.