Skip to main content

Sukan

PKP: Perlawanan bola sepak tidak boleh diteruskan - Ismail Sabri

81586309436_newcoronavirus.jpg
Kerajaan tidak akan membenarkan sebarang perlawanan bola sepak dijalankan di negara ini sama ada sewaktu pelaksanaan atau untuk tempoh tertentu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bola sepak merupakan permainan berkumpulan, yang memungkinkan berlaku kontak antara pemain.

“SOP yang kita keluarkan bahawa berkumpulan tidak dibenarkan. Bola sepak tidak boleh bermain seorang, mesti ada pasukan.

“Apabila dua pasukan, atas padang sahaja 22 orang. Bola sepak tidak seperti badminton, boleh bermain seorang, sebelah sana tidak bertemu sebelah sini.

“Mungkin akan berlaku kontak secara fizikal antara satu sama lain. Berdasarkan SOP, tentu sahaja kita tidak boleh benarkan pertandingan bola sepak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian (bukan kesihatan) COVID-19 di Putrajaya hari ini.

Tegas Ismail, larangan itu juga akan terpakai sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan oleh MKN.

Katanya, MKN ketika ini masih menyediakan SOP lengkap yang perlu dipatuhi rakyat pasca PKP kelak.

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) optimis dapat mencari jalan bagi memastikan saingan itu dapat diteruskan.

Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sudah mengadakan perbincangan bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), untuk memberi penerangan berhubung perancangan mereka bagi kelangsungan bola sepak Malaysia selepas berakhirnya PKP nanti.

Advertisement

Must Watch Video