Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia.
Infantino membuat ucapan itu dalam bahasa Inggeris menerusi video ucapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kata-kata semangat di kala sukan paling popular dunia itu terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19.
"Putuskan rantaian jangkitan, tapi manfaatkan kuasa perhubungan. Semua orang teruskan berjuang, disiplinkan diri sendiri.
"Bersatu kita teguh, kita boleh lakukannya. Eid Mubarak kepada rakyat Malaysia," kata pemimpin badan induk dunia kelahiran Switzerland itu.
Video berdurasi satu minit 35 saat itu, turut menampilkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin; Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia, Datuk Windsor Paul John; Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
"Dalam memerangi musuh yang senyap, harus ada strategi. Ayuh jalani kelaziman baharu," kata Hamidin.
Turut memberi ucapan lebaran pada video itu ialah bekas pemain kebangsaan, Shukor Adan dan Mohd Safee Sali; pemain futsal wanita, Intan Sarah Anisah Zulgafli; serta beberapa tonggak Harimau Malaya seperti Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Mohamadou Sumareh, Syafiq Ahmad dan Brendan Gan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 25 2020
Infantino membuat ucapan itu dalam bahasa Inggeris menerusi video ucapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). - Gambar fail
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Presiden FIFA tolak penggunaan 'kad biru'
Apabila laporan mengenai kad biru diedarkan pada 8 Feb, mereka terima sebahagian besar reaksi negatif dan IFAB menarik balik inisiatif itu.
FIFA ulangi ketegasan tolak perkauman dalam bola sepak
Adalah penting bukan hanya bercakap tentang perkauman dan diskriminasi, tetapi untuk mengambil tindakan dengan cara yang tegas dan meyakinkan.
Argentina tuan rumah B-20 ganti Indonesia
Presiden FIFA, Gianni Infantino gembira dengan kesediaan Argentina itu.
Argentina sedia ganti Indonesia jadi tuan rumah Piala Dunia B-20
Sehingga kini, Argentina menjadi satu-satunya negara yang kemuka permohonan kepada FIFA.
Gianni Infantino dipilih semula sebagai Presiden FIFA
Beliau memegang jawatan berkenaan untuk penggal ketiga tanpa dicabar sebagaimana empat tahun lalu.
Presiden FIFA, Infantino ucap tahniah kepada Hamidin
Infantino tidak sabar untuk bekerjasama rapat dengan Hamidin untuk membangunkan bola sepak di Malaysia dan juga dunia.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Presiden FIFA saran setiap negara wujudkan stadium bersempena Pele
Brazil memasuki tempoh berkabung kebangsaan selepas kematian Pele.
Piala Dunia terlalu dikomersialkan - Blatter
Kempen di Qatar menerapkan format 32 pasukan tetapi bagi edisi 2026, sebanyak 48 negara akan mengambil bahagian.