awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia

Bernama
Bernama
24/05/2017
23:20 MYT
'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia
Pengendali kelahiran Portugal berusia 64 tahun itu (kanan) yang mempunyai pengalaman luas sebagai jurulatih selama 35 tahun. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baru dilantik, Nelo Vingada bertekad untuk memulihkan kembali imej bola sepak negara.
Pengendali kelahiran Portugal berusia 64 tahun itu yang mempunyai pengalaman luas sebagai jurulatih selama 35 tahun, berkata beliau bersedia berdepan cabaran itu bagi mengubah nasib skuad negara, namun penyokong diminta agar tidak mengharapkan ia boleh dicapai dalam tempoh yang singkat.
"Saya percaya dengan sokongan (Presiden FAM) Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) dan dengan kualiti pemain yang kita ada, saya berharap dapat membawa pasukan kebangsaan ke satu tahap yang lain.
"Saya bukan jenis yang menjanjikan keputusan (segera) kerana keputusan positif yang akan diperoleh adalah dengan kerja keras, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Pada 15 Mei lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Vingada sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih tugas membimbing pasukan bawah 22 tahun negara untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Vingada yang diberi jolokan ''The Professor'' kerana pengurusan bijak terhadap sesuatu pasukan yang dibimbingnya, memaklumkan beliau akan mengumpulkan barisan pemain bagi menjalani latihan pusat pada 2 Jun ini, untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara.
Perlawanan itu yang dijadual berlangsung pada 8 Jun di Stadium Kim II-Sung, Pyongyang telah ditunda ke suatu tarikh baharu oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan ketegangan geo-politik di Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#Harimau Malaysia
#Nelo Vingada
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan