Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo akan memulakan perlumbaan MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2019 di petak pertama esok, selepas mengungguli pusingan kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, pada Sabtu.

Pelumba berusia 20 tahun itu menampilkan tunggangan cemerlang di trek kering sepanjang 5.543 kilometer itu dengan mencipta rekod masa terpantas 1 minit 58.303 saat (s) ketika juara dunia, Marc Marquez terbabas di Selekoh 2.

Pelumba Perancis itu meraih petak utama kelimanya musim ini selepas mencipta rekod masa terpantas di Litar SIC untuk mengatasi rekod 2:00.606s oleh pelumba Honda dari Sepanyol, Jorge Lorenzo, pada edisi 2015.

Marquez, yang mengesahkan gelaran juara dunia keenamnya bulan lalu, akan memulakan perlumbaan di petak ke-11 selepas melakarkan catatan masa terpantas 1:59.178s.

Pelumba Sepanyol, Maverick Vinales merekodkan masa kedua terpantas dengan ketinggalan 0.103s untuk meraih petak kedua manakala seorang lagi pelumba Petronas SRT, Franco Morbidelli dari Itali melengkapkan barisan depan dengan kepantasan 1:58.432s.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah gagal menyinar bersama Red Bull KTM Tech3 apabila memulakan perlumbaan esok di petak terakhir dengan masa terpantas 2:01.045s.

Kedudukan Petak Perlumbaan MotoGP:

1. Fabio Quartararo (FRA) Petronas Yamaha SRT - 1:58.303s

2. Maverick Vinales (ESP) Monster Energy Yamaha MotoGP - 1:58.406s

3. Franco Morbidelli (ITA) Petronas Yamaha SRT - 1:58.432s

4. Jack Miller (AUS) Pramac Racing - 1:58.725s

5. Cal Crutchlow (GBR) LCR Honda Castrol - 1:58.951s

6. Valentino Rossi (ITA) Monster Energy Yamaha MotoGP - 1:59.000s

7. Alex Rins (ESP) Team Suzuki Ecstar - 1:59.090s

8. Danilo Petrucci (ITA) Ducati - 1:59.097s

9. Johann Zarco (FRA) LCR Honda Idemitsu - 1:59.139s

10. Andrea Dovizioso (ITA) Ducati - 1:59.173s

11. Marc Marquez (ESP) Repsol Honda - 1:59.178s

12. Francesco Bagnaia (ITA) Pramac Ducati -1:59.640s

13.Joan Mir (ESP) Team Suzuki Ecstar - 1:59.374s

14.Aleix Espargaro (ESP) Aprili Racing Team Gresini - 1:59.435s

15.Pol Espargaro (ESP) Red Bull KTM - 1:59.812s

16.Karel Abraham (CZE) Reale Avintia - 2:00.072s

17.Andrea Iannone (ITA) Aprilia Racing Team Gresini - 2:00.205s

18.Jorge Lorenzo (ESP) Repsol Honda - 2:00.478s

19. Mika Kallio (FIN) Red Bull KTM - 2:00.644s

20.Hafizh Syahrin (MAS) Red Bull KTM Tech 3 - 2:01.045s

-- BERNAMA