SUKAN
Ramai minta tiket final, ini jawapan Syed Saddiq

SYED SADDIQ: "Saya jawab mudah saja, siapa nak bayarlah RM40" - Gambar fail BERNAMA
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan beliau mendapat banyak permintaan untuk mendapatkan tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 diantara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam pada 11 Disember ini.
"Ramai betul orang SMS saya minta tiket final. Ada juga yang minta kerusi korporat.
"Saya jawab mudah saja, siapa nak bayarlah RM40," katanya sewaktu sesi wawancara Bicara Minda bersama Sinar Harian di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini, lapor Sinar Harian.
Keputusan seri itu sudah mencukupi untuk skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Sebanyak 40,000 tiket untuk aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan dijual secara dalam talian di laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula hari ini dan Sabtu ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami