awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu skuasy negara Nicol David umum persaraan

Astro Arena
Astro Arena
18/02/2019
16:51 MYT
Ratu skuasy negara Nicol David umum persaraan
Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia. - Gambar fail
Teka-teki mengenai apakah ratu skuasy negara, Datuk Nicol David, bakal menggantung raket akhirnya terjawab selepas atlet kelahiran Pulau Pinang itu sendiri mengumumkan persaraannya.
Keputusan itu dibuat selepas dia mengadakan perbincangan bersama keluarga dan jurulatih, Liz Irving, yang menjadi tulang belakang kejayaannya ketika di puncak karier dan sehingga kini.
"Saya gembira untuk bersiaran di sini bagi berkongsi perkembangan," katanya dalam lintas langsung secara eksklusif dengan Nadi Arena malam ini.
"Saya sangat gembira dan teruja untuk mengumumkan bahawa saya akan bersara Jun depan.
"Ia akan menjadi musim terakhir saya dalam karier profesional," jelas atlet berusia 36 tahun itu.
Perkembangan itu ternyata menjadi kehilangan besar buat negara memandangkan dia dianggap ikon sukan kebangsaan sejak lebih sedekad lalu.
Nicol memegang rekod pemain paling lama yang menghuni ranking nombor satu dunia, iaitu selama sembilan tahun, sebelum dirampas jaguh Mesir, Reneem El Weleily, pada 2015.
Pemain yang kini di ranking ke-21 dunia itu sudah mengecapi kesemua kejuaraan, termasuk lapan kali bergelar juara dunia, selain lima pingat emas Sukan Asia, dua emas Sukan Komanwel dan 81 gelaran kejuaraan Jelajah PSA.
Satu-satunya kekesalannya ialah skuasy belum diterima menjadi acara rasmi dalam Sukan Olimpik sepanjang kerjayanya selaku pemain.
Topic Berkaitan
#LIZ IRVING
#Nicol David
#persaraan
#ratu skuasy negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan