RED Bull membuat protes rasmi berhubung sistem kemudi kereta Formula 1 Mercedes 2020.

Ia mendakwa bahawa sistem pemanduan dwi paksi (DAS) yang digunakan Mercedes melanggar peraturan.

Dakwanya, ia merupakan alat aerodinamik yang boleh bergerak yang dipadankan pada alat penggantungan ketika kereta sedang bergerak.

DAS itu katanya turut mengubah bahagian beberapa bahagian roda hadapan.

Ia menyumbang sedikit kelebihan apabila pemandu membelok di selekoh dengan memberi kestabilan dan daya cengkaman yang tinggi bagi pemandu.

Malah, ia turut memberi kelebihan kepada pasukan itu untuk menyesuaikan suhu tayar dan mengurangkan seretan untuk meningkatkan kelajuan gris lurus jentera.

Sistem berkenaan dilarang pada peraturan yang bakal digunakan pada 2021, namun badan pengurusan FIA mendakwa pada ketika ini, DAS boleh dilakukan.