Roger Federer semakin hampir merangkul gelaran kejuaraan ke-100 Jelajah Dunia ATP peribadinya selepas berjaya menjinakkan bintang muda Croatia, Borna Coric 6-2, 6-2 dalam pusingan separuh akhir Tenis Terbuka Dubai pada Jumaat.

Selepas ini, pemain Switzerland itu yang mara ke pusingan akhir bakal bertemu dengan Stefanos Tsitsipas dari Greece.

Pertembungan balas dendam ini mungkin akan dimanfaatkan sebaiknya oleh Federer selepas tewas kepada Tsitsipas dalam pusingan 16 akhir Terbuka Australia Januari lalu.

Tsitsipas mara ke pentas akhir selepas berjaya menundukkan bintang Perancis Gael Monfils.