awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronaldo pelawa De Ligt sertai Juventus

Israr Khalid
Israr Khalid
10/06/2019
11:59 MYT
Ronaldo pelawa De Ligt sertai Juventus
De Ligt memaklumkan bahawa dia agak terkejut dengan pelawaan itu. - Gambar AP
BINTANG Ajax Amsterdam, Matthijs de Ligt mendedahkan bahawa Cristiano Ronaldo telah mempelawanya untuk menyertai Juventus musim depan sejurus kemenangan Portugal ke atas Belanda dalam aksi final Liga Negara-Negara Eropah.
Ronaldo dilihat bercakap dengan sensasi muda Belanda itu selepas tamat perlawanan, yang menyaksikan Portugal mengatasi Oranje dengan satu gol hasil jaringan Goncalo Guedes.
“Ya, ia benar,” jawab De Ligt kepada stesen berita Belanda, NOS tentang kesahihan pelawaan Ronaldo itu.
“Pada mulanya saya tak faham. Saya agak terkejut, jadi saya ketawa, tetapi saya tak kata apa-apa.
“Sejurus tamat perlawanan anda langsung tidak peduli dengannya, anda kecewa atas kekalahan dan hanya itu sahaja perkara yang difikirkan.”
De Light, 19, dijangka akan melakukan perpindahan bernilai tinggi dari Ajax, dengan PSG atau Barcelona dilaporkan antara destinasi baharu pertahanan muda itu.
Pada masa sama, Manchester United dan Liverpool turut dikaitkan dengan De Ligt yang memimpin Ajax melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019.
Mereka tewas kepada Tottenham Hotspurs, namun berjaya menjulang gelaran juara liga Eredivise mengatasi cabaran PSV Eindhoven.
Pemain muda itu telah membuat 117 penampilan skuad senior kelab Amsterdam itu dan mula dikenali selepas dinobatkan sebagai pemenang anugerah ‘Golden Boy’ pada 2018.
Topic Berkaitan
#Ajax
#Amsterdam
#Belanda
#bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Juventus
#Liga Negara-Negara Eropah
#Matthijs de Ligt
#Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan