awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronda Rousey terpaksa terima hakikat dirinya tidak kebal

Syafique Shuib
Syafique Shuib
08/12/2015
14:19 MYT
Ronda Rousey terpaksa terima hakikat dirinya tidak kebal
Rousey memberitahu majalah ESPN bahawa beliau terpaksa akur dirinya tidak kebal seperti yang disangka oleh pihak umum. - Gambar fail
RONDA Rousey yang tewas kepada Holly Holm dalam kejohanan seni mempertahankan diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) UFC bulan lepas kini terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tidak akan bersara tanpa kekalahan.
Dalam wawancara pertamanya sejak kejohanan itu, Rousey memberitahu majalah ESPN bahawa beliau juga terpaksa akur dirinya tidak kebal seperti yang disangka oleh segelintir pihak umum.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu majalah itu bahawa beliau masih beransur pulih dan giginya masih belum stabil.
“Ia akan mengambil tiga hingga enam bulan sebelum saya boleh makan epal, apatah lagi kena pukulan,” katanya kepada majalah itu yang dipetik oleh laman web People.com yang menyiarkan coretan dari wawancara itu sebelum majalah itu dijual kepada umum.
Enggan mahu mengaku kalah, Rousey juga tidak sabar untuk mengadakan kemunculan semula - atau comeback - dan menewaskan pencabarnya Holm.
Ini kerana, kekalahan knock out Rousey kepada Holm pada bulan November lepas terus menjadi perhatian umum.
Holm ternyata lebih hebat dengan melepaskan beberapa tumbukan yang pantas dan tepat ke arah lawannya.
Rousey akhirnya terpaksa tunduk selepas tendangan holm singgah tepat ke mukanya pada pusingan kedua.
Kekalahan Rousey dinantikan sesetengah peminat UFC yang mungkin iri hati dengan statusnya serta sikap angkuhnya di gelanggang.
Topic Berkaitan
#espn
#Holly Holm
#MMA
#Ronda Rousey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan