Australia berjaya menundukkan Fiji 39-21 dalam saingan pool D perlawanan Piala Dunia Ragbi 2019 yang berlangsung di Sapporo Dome, Sapporo.

Lima try, tiga conversion dan satu penalti berjaya diraih Wallabies bagi membenamkan Fiji dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Fiji pada awalnya mendahului Australia 14-12 pada separuh masa pertama hasil tiga penalti Ben Volavola dan satu try Peceli Yato.

Sebaik aksi separuh masa kedua bermula, Australia terus mengasak ke kubu lawan dan memperolehi penalti minit ke-50 sebelum mendapat empat try dalam tempoh 16 minit .

Fiji hanya memperolehi tujuh mata pada separuh masa kedua selepas try disempurnakan Waisea Nayacalevu minit ke- 43 serta conversion Ben Volavola pada minit ke-45.

Sebaik wisel penamat ditiupkan keputusan menyaksikan Australia menang ke atas Fiji 39 berbalas 21.