awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RWC 2019: Jepun cipta sejarah pasukan pertama Asia mara ke suku akhir

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2019
13:15 MYT
RWC 2019: Jepun cipta sejarah pasukan pertama Asia mara ke suku akhir
Antara aksi menarik dalam pertembungan pasukan tuan rumah dengan Scotland. - Reuters/Matthew Childs
ANCAMAN Taufan Hagibis yang membadai Tokyo tidak mematahkan semangat pasukan tuan rumah Jepun untuk mencipta sejarah selepas muncul pasukan pertama Asia mara ke peringkat suku akhir Piala Dunia Ragbi 2019.
Jepun yang memenangi kesemua empat perlawanan Pool A menundukkan Scotland 28-21 dalam perlawanan terakhir yang berlangsung di stadium antarabangsa Yokohama pada Ahad.
Scotland mendahului perlawanan selepas memperolehi try pertama seawal minit keenam dengan conversion disempurnakan Greig Laidlaw.
Bermain di hadapan penyokong tuan rumah, skuad bimbingan Jamie Joseph terus menggandakan asakan sebelum memperolehi try pertamanya pada minit ke17 menerusi Kotaro Matsushima.
Serangan yang direncana Scotland umpama tidak menjadi selepas Jepun memperolehi 2 tries dan menyempurnakan 2 conversion pada 40 minit pertama menjadikan kedudukan 21-7.
Sebaik babak kedua bermula Jepun memperolehi try keempat untuk mendapat satu mata bonus.
Ketika pasukan tuan rumah seakan selesa dengan kedudukan 28-12, Scotland mula mengatur gerakan berbahaya.
Bagaimanapun, dua try dan dua conversion yang diperolehi Scotland untuk tempoh 80 minit gagal menafikan malam gemilang buat Jepun.
Jepun yang mendahului Pool A dengan 19 mata dijadualkan bertemu Afrika Selatan pada suku akhir yang berlangsung pada 20 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Asia
#Piala Dunia
#Scotland
#serangan
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan