Perancis terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya menewaskan Argentina 23-21 dalam saingan Pool C, Piala Dunia Ragbi 2019.
Perancis yang berada di ranking kelapan dunia menguasai 40 minit pertama dengan mendahului 20-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tokyo.
Dua try Perancis disumbang Gael Fickou dan Antoine Dupont pada minit ke-17 dan 21.
Babak pertama turut menyaksikan masing-masing dua conversion dan dua penalti disempurnakan Les Bleus.
Bagaimanapun sebaik babak kedua Argentina mula menggandakan asakan dengan memperolehi dua try, satu conversion dan dua penalti.
Untuk seketika, Los Pumas yang berada di kedudukan ke-11 dunia seakan mampu membuat kejutan apabila mendahului dengan kedudukan 21-20 hasil sepakan penalti Benjamin Urdapilleta pada minit ke-68.
Bagaimanapun sepakan drop goal Camille Lopez seminit kemudian membolehkan Perancis kembali di hadapan 23-21 dan keputusan kekal sebaik wisel penamat ditiupkan.
Afiq Ariffin
Sat Sep 21 2019
Perancis yang berada di ranking kelapan dunia menguasai 40 minit pertama dengan mendahului 20-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tokyo. -foto AP Photo/Christophe Ena
Cuaca panas: Suhu di Perlis, Pokok Sena boleh cecah 40 darjah Celcius
MetMalaysia mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba tahap dua di Perlis dan Pokok Sena, Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
MoT tidak terima inisiatif dana hasil jualan nombor pendaftaran kenderaan - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak menerima inisiatif dana daripada hasil penjualan nombor pendaftaran kenderaan.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mereformasi sistem percukaian negara - MoF
Kerajaan sentiasa mengambil pendekatan yang berhati-hati dalam usaha mereformasi sistem percukaian negara.
Syarikat pengedar stoking kesal dengan kecuaian pembekal, mohon maaf
Syarikat pengedar Xin Jian Chang yang beroperasi di Batu Pahat Johor menyuarakan rasa kesal dengan kecuaian pembekalnya dari negara China.
Tindakan nekad polis selamatkan dua beranak dalam kebakaran
Tindakan pantas tiga anggota polis memecahkan pintu satu unit kondominium di Wangsa Maju, di sini, berjaya menyelamatkan dua beranak daripada lemas akibat terhidu asap dalam kebakaran, pada Isnin.
Kes saman fitnah: Na'im akan fail penghakiman ingkar terhadap Papagomo
Mohd Na'im akan memfailkan permohonan untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap blogger Papagomo dalam kes saman fitnah.
Kedah realisasi RM11.6 bilion pelaburan pada 2023
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (nNCIA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah merealisasikan pelaburan sebanyak RM11.6 bilion dan mewujudkan lebih 3,400 peluang pekerjaan pada 2023.
Jepun naikkan kadar faedah selepas 17 tahun
Bank of Japan mengakhiri kadar faedah negatif, program pelonggaran monetari paling agresif di dunia, hari ini. Dasar yang bermula sejak 2013 itu bertujuan melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan inflasi selepas aktiviti dan harga tidak berubah dalam ekonomi keempat dunia itu.
Harga minyak sawit mentah tertinggi dalam tempoh 12 bulan
Harga minyak sawit mentah (MSM) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada 15 Mac lalu dengan hampir 10 peratus melebihi harga penutup pada Februari.
Northport pecah rekod pengendalian kargo dari satu kapal
Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli kumpulan MMC mencatat rekod baharu apabila mencapai 448,853 'freight weight tonnes' (FWT) kendalian kargo keluli tertinggi dari sebuah kapal.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penampakan 'UFO' di Argentina
Sebuah rakaman memaparkan objek aneh berbentuk bulat berlegar-legar di wilayah Tucuman, Argentina mencetuskan tanda tanya.
Kemiskinan di Argentina cecah paras tertinggi 57.4 peratus - Kajian
Tahap kemiskinan itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai Argentina dalam tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun.
Kelayakan Olimpik: Brazil kandas, tidak layak ke Paris 2024
Brazil gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak Olimpik lelaki selepas tewas 1-0 kepada Argentina.
Kerajaan, pemimpin Amerika Latin ucap takziah pemergian Sebastian Pinera
Kerajaan dan para pemimpin di seluruh Amerika Latin menzahirkan ucapan takziah atas kematian bekas Presiden Chile, Sebastian Pinera dalam nahas helikopter.
Tunjuk perasaan di Argentina protes lawatan Presiden Javier Milei ke Israel
Dianggarkan ratusan peserta tunjuk perasaaan berkumpul di luar premis Kementerian Luar Negeri Argentina untuk menyuarakan protes terhadap lawatan Presiden Javier Milei ke Israel pada Isnin.
Moto GP 2024 di Argentina dibatalkan akibat krisis ekonomi
Moto GP Argentina 2024 terpaksa dibatalkan berikutan krisis ekonomi yang melanda negara itu.
Presiden Argentina pecat Menteri Infrastruktur susulan kebocoran maklumat
Presiden Argentina Javier Milei memecat Menteri Infrastruktur Guillermo Ferraro yang disyaki membocorkan maklumat dengan segaja selepas mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Argentina kekal dahului ranking FIFA 2023
Juara dunia Argentina kekal mempertahankan kedudukan nombor 1 dunia pasukan lelaki pada akhir tahun 2023 dalam ranking yang dikeluarkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis.