Pasukan Perancis menambah lima lagi mata selepas berjaya menundukkan Amerika Syarikat dalam perlawanan dalam Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 di Stadium Fukuoka Hakatanomori di Fukuoka pada Rabu.

Ternyata pasukan ranking ketujuh itu mudah menembusi pertahanan Amerika apabila berjaya mendapat lima mata pertama menerusi try oleh Yoann Huget pada minit kelima.

Perancis kemudiannya menambah tujuh lagi mata menerusi conversion Thomas Ramos dan try Aliverettu Raka pada separuh masa pertama.

Amerika bagaimanapun tidak mengalah, apabila enam mata menerusi dua penalti disempurnakan Macginty pada minit ke-18 dan 30 sebelum tiupan wisel separuh mata pertama.

Separuh masa kedua, Maginty berjaya menambah tiga lagi mata menerusi penalti ketiganya buat Amerika pada minit ke-64.

Hanya berselang empat minit, Perancis seakan akan menunjukkan taring apabila berjaya menambah 14 mata menerusi dua try dan dua conversion masing-masing disempurnakan Gael Fickou, Camille Lopez dan Baptiste Serin.

Beberapa percubaan Amerika menambah mata, berjaya digagalkan Perancis.

Pasukan ranking ke-14 itu terpaksa akur apabila tujuh mata berjaya ditambah Perancis pada saat akhir menerusi try dan conversion yang masing-masing disempurnakan Jefferson Poirot dan Camille Lopez.

Pasukan Les Blues itu kini menduduki tangga kedua dalam pool C dengan 9 markah di belakang England.

Perancis bakal berdepan pasukan Tonga pada 6 Oktober depan, manakala Amerika pula bertemu Argentina pada 9 Oktober nanti.