awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan domestik atau pentas Asia?

Astro Arena
Astro Arena
07/07/2020
23:28 MYT
Saingan domestik atau pentas Asia?
Setakat ini, belum ada sebarang pasukan yang ingin menarik diri, kata Datuk Windsor John. - Foto Astro ARENA
ITU dilema yang sedang dialami pasukan handalan Liga Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan September hingga November depan sebagai tempoh baru untuk menyambung semula saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
JDT muncul wakil tunggal Malaysia yang membawa cabaran dalam ACL.
Diletakkan harapan untuk membanggakan negara, skuad Harimau Selatan itu, bagaimanapun, berdepan situasi berbelah-bahagi.
Ia susulan jadual ACL berisiko untuk bertembung dengan perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia, yang akan disambung semula September depan.
Mengulas mengenai perkara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John, berkata: “Perlu diingatkan di sini bahawa AFC terpaksa menghabiskan liga ini (ACL) sebelum bermulanya Piala Dunia Kelab.
"Kami perlu mencari juara, jadi Disember depan tidak boleh digunakan tetapi liga domestik boleh dijalankan sehingga 31 Disember depan.
"Setakat ini, belum ada sebarang pasukan yang ingin menarik diri.
"Kita perlu lihat perancangan dan pelaburan mereka.
"Siapa yang melakukan pelaburan yang lebih besar tidak akan menarik diri," katanya.
Situasi itu berlaku disebabkan perjalanan bola sepak domestik dan antarabangsa terhenti sejak Mac lalu disebabkan pandemik COVID-19.
Bagi melancarkan semula perjalanan ACL, AFC turut merombak format kejohanan itu, antaranya menerusi format satu tuan rumah bagi setiap kumpulan.
“Kami perlu mencari tuan rumah yang dapat memberikan sedikit kebebasan tetapi perlu diingat, segala aspek kesihatan perlu diambil kira. Itu yang penting.
"Yang kedua, ia melibatkan infrastruktur kesihatan negara tuan rumah itu sendiri.
"Mereka mesti mempunyai satu infrastruktur seperti hospital yang terbaik dan juga mempunyai satu protokol untuk merawat ataupun memberikan sokongan kesihatan kepada pasukan-pasukan dan sebagainya,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#ACL
#afc
#bola sepak
#format kejohanan
#Hospital
#infrastruktur kesihatan
#JDT
#Liga Juara-Juara Asia
#Liga Malaysia
#merawat
#pelaburan
#Piala Dunia
#Piala Malaysia
#protokol
#rombak
#sokongan kesihatan
#tuan rumah
#Windsor John
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan