awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat cetus banjir, tanah runtuh di bandar Negor, Filipina
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Salah tutup mulut pengkritik, terus berbisa dengan 2 gol menewaskan Arsenal

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
24/08/2019
21:00 MYT
Salah tutup mulut pengkritik, terus berbisa dengan 2 gol menewaskan Arsenal
Mohamed Salah menjaringkan gol kedua Liverpool menerusi sepakan penalti. - Foto AP
LIVERPOOL 3-1 ARSENAL
Liverpool tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Arsenal 3-1 di Anfield dengan Mohamed Salah menjaringkan dua gol untuk the Reds mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan selepas tiga perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal hampir menghukum Liverpool menerusi satu serangan balas yang dilancarkan, namun tendangan Pepe gagal menerobos gawang the Reds walaupun hanya berdepan dengan penjaga gol, Adrian.
Liverpool yang menguasai permainan akhirnya mendapat gol pertama pada minit ke-41 menerusi Joel Matip yang menanduk masuk hantaran sepakan sudut Trent Alexander-Arnold.
Peluang untuk bangkit semula terbantut apabila Liverpool dihadiahkan sepakan penalti selepas pertahanan baharu Arsenal, David Luiz menarik baju Salah dalam kawasan penalti.
Salah tidak mempunyai masalah untuk menewaskan penjaga gol the Gunners, Bernd Leno untuk pasukan tuan rumah di depan, 2-0.
Arsenal kemudian dihukum sekali lagi menerusi satu serangan balas yang menyaksikan Salah menerima lorongan bola yang cantik daripada Fabinho di sebelah kanan padang.
Larian Salah gagal dikejar oleh pertahanan Arsenal sebelum penyerang antarabangsa Mesir itu melepaskan tendangan kaki kirinya untuk menewaskan Leno pada minit ke-58.
Lucas Torreira kemudian mendapatkan gol saguhati untuk the Gunners, lima minit sebelum permainan tamat.
Keputusan perlawanan EPL lain pada Sabtu:
Norwich 2-3 Chelsea Brighton 0-2 Southampton Manchester United 1-2 Crystal Palace Sheffield United 1-2 Leicester Watford 1-3 West Ham
Topic Berkaitan
#Adrian
#Arsenal
#Bernd Leno
#David Luiz
#EPL
#Fabinho
#Joel Matip
#Liverpool
#Mohamed Salah
#The Gunners
#The Reds
#Trent Alexander-Arnold
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan