awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak akan lindungi sesiapa' - Khairy

Bernama
Bernama
28/08/2016
16:15 MYT
'Saya tidak akan lindungi sesiapa' - Khairy
KHAIRY: "Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut... secepat mungkin.' - Gambar fail
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu sekiranya didapati ada ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Khairy berkata ketika ini beliau tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isi kandungan pemacu pena yang diterimanya daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat lepas.
"Saya tidak akan menutup kesalahan sesiapa, saya tidak akan sembunyikannya, saya akan buat secara telus berdasarkan laporan tersebut... secepat mungkin.
"Saya belum ada masa membaca sepenuhnya kandungan pemacu pena tersebut. Saya akan maklumkan kepada media tentang tindakan susulan saya, sesudah saya kaji isi kandungan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama atlet paralimpik negara di sini pada Ahad..
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.
Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Menteri Belia dan Sukan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan