awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak berminat menjadi Presiden FAM' - TMJ

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2015
08:16 MYT
'Saya tidak berminat menjadi Presiden FAM' - TMJ
TUNKU ISMAIL: saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan Presiden FAm
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat menjadi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana beliau akan berat sebelah sekiranya timbul sebarang isu berkaitan Johor.
Dalam temu bual yang disiarkan di laman Facebook Johor Harimau Selatan, beliau juga berkata bahawa beliau tidak sesuai untuk jawatan tersebut.
“Saya tidak sesuai menjadi Presiden FAM. Ianya adalah kerana satu sebab, dan satu sebab sahaja. Saya cintakan Johor, dan saya tentu sekali akan berat sebelah sekiranya terdapat sebarang isu berkaitan Johor.
“Oleh kerana konflik kepentingan sedemikian, saya bukanlah calon yang sesuai untuk menyandang jawatan tersebut,” kata Tunku Ismail yang juga merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).
Bagaimanapun, beliau berharap FAM akan meminda perlembagaan jika khidmatnya masih diperlukan.
“Sekiranya saya berada di sana, saya harap mereka boleh meminda perlembagaan FAM,” kata Tunku Ismail.
Beliau juga berkata kebanyakkan ahli jawatankuasa FAM hanya berada di sana atas sebab-sebab tertentu.
“Anda perlu faham bahawa mereka yang berada dalam FAM adalah mereka yang diundi oleh ahli-ahli lain. Kebanyakan daripada mereka berada di sana demi sebab-sebab tertentu, dan bukannya untuk memartabatkan bolasepak. Macam mana saya hendak bekerja dalam keadaan begitu?
“Di Johor, contohnya, saya mempunyai kawalan sepenuhnya dari peringkat tertinggi sehingga bawahan.
“Di FAM, saya mungkin duduk semeja dengan mereka yang tidak boleh bekerjasama, dan saya tidak boleh menggugurkan mereka kerana mereka dipilih melalui undi.
“Seluruh negara tahu saya selalu berterus terang. Saya lebih suka berterus terang daripada cuba untuk berdiplomasi. Saya lebih cenderung sekiranya orang yang menguruskan FAM itu adalah adil, neutral dan tidak pilih kasih kepada mana-mana pasukan tertentu, dan yang penting sekali, dia hendaklah bersih dan tidak korup,” kata Tunku Ismail.
Terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa Tunku Ismail mungkin mengambil alih jawatan presiden FAM berikutan prestasi buruk pasukan bola sepak akhir-akhir ini.
Topic Berkaitan
#FAM
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#TMJ
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan