PENGURUS sementara England, Gareth Southgate tidak memahami mengapa para penyokong mencemuh kepada kapten pasukan, Wayne Rooney ketika menewaskan Malta 2-0 di Wembley, awal pagi tadi.

England meraih tiga mata penuh ketika menerima kunjungan Malta di Wembley dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia 2018, gol telah dijaringkan oleh Daniel Sturridge pada minit ke-29 dan Dele Alli lapan minit berikutnya. Kemenangan England ini meletakkan mereka di persada Kumpulan F dengan enam mata.

Rooney yang masih gagal mempamerkan aksi yang terbaik buat musim ini bersama Manchester United mahupun bersama The Three Lions telah dicemuh oleh para penyokong dan ia telah membuat Southgate menjadi bingung.

"Saya mahu Rooney bermain kerana dia pemegang kaps terbanyak untuk England," jelas Southgate.

"Sungguh menakjubkan apabila dapat melihat dunia menerusi pandangannya, setiap perbahasan seolah-olah memberi tumpuan kepada Rooney.

"Namun, kritikan yang dilontarkan kepadanya ada kala tidak adil.

Southgate menjelaskan pengaruh Rooney di atas masih memainkan peranan yang tinggi, manakala keputusannya meletakkan Rooney di bahagian tengah untuk membenarkan penjaring gol Alli beraksi sebagai pemain nombor 10.

"Kami menyedari kami banyak mengawal bola dan mengawal rentak permainan. Saya berpendapat pengalamannya dan cara Rooney mengetuai pasukan merupakan perkara yang penting buat kami.

England bakal bertemu Slovenia pada Rabu.