awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamat kembali, Syazwan Andik

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
13/01/2019
07:50 MYT
Selamat kembali, Syazwan Andik
Syazwan Andik sah kembali semula ke JDT. - Foto Facebook Johor Southern Tigers.
PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi mengesahkan Syazwan Andik menyertai semula pasukan itu, selepas menamatkan kontrak dengan Kuala Lumpur (KLFA) minggu lalu.
Sebelum ini, Pengarah Kesukanan Kelab JDT, Martin Prest ada menyatakan bahawa pasukan itu ingin mendapatkan pemain tersebut dan dalam perbincangan untuk membawanya kembali ke skuad Harimau Selatan.
Syazwan pernah beraksi dengan pasukan JDT II dan kemudian mengambil keputusan untuk berhijrah bagi mengembangkan lagi kerjaya bola sepaknya.
Laman Facebook, Johor Southern Tigers ada memuat naik video yang mengucapkan selamat kembali kepada Syazwan dengan mengenakan jersi terbaharu pasukan itu.
Syazwan mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan Kuala Lumpur berikutan gaji yang tertunggak.
Perkara itu didedahkan Syazwan sendiri menerusi laman Instagramnya pada Jumaat lepas.
Syazwan merupakan pemain kelima menyertai JDT untuk musim baharu ini selepas Mauricio Nascimento, Aaron Niguez, Akhyar Rashid dan Diogo Luis Santo.
View this post on Instagram
Saya telah menamatkan kontrak saya bersama pasukan Kuala Lumpur kerana sudah dua bulan saya tidak menerima gaji. Untuk bulan November dan Disember. Terdapat satu syarat dalam kontrak saya dengan KLFA yang membenarkan saya menamatkan kontrak jika saya tidak menerima gaji untuk dua bulan. Saya telah memberi surat kepada Ketua Jurulatih Yusri Che Lah pada pada 9 January dan memberitahunya tentang hasrat saya untuk menamatkan kontrak. Saya juga telah menghantar e-mel kepada KLFA untuk menamatkan kontrak atas sebab tidak menerima gaji.
A post shared by @ syazwanandik on
Jan 11, 2019 at 4:19am PST
Topic Berkaitan
#JDT
#Johor Southern Tigers
#KLFA
#Martin Prest
#Syazwan Andik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan