Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger

'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger menerima anugerah ketika majlis perpisahan beliau berlansung di Emirates Stadium, London, pada Ahad. - AP Photo
LONDON: Bukan mudah meninggalkan sebuah kelab bola sepak yang besar, lebih-lebih lagi jika kelab itu seperti darah daging dalam kehidupan seseorang.

Selama 22 tahun bersama Arsenal, pengurusnya, Arsene Wenger berjaya membawa pelbagai pencapaian yang sudah dikecapi dan tidak kurang juga pelbagai kritikan dan tohmahan.

Ketika perlawanan terakhir di Stadium Emirates, London, Arsene Wenger berkata akan sentiasa bersama pasukan dari utara London itu.

"Saya akan gembira jika dapat bersama peminat di North Bank (tempat duduk penyokong di Emirates Stadium). Awak tahu kenapa? Kerana selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baharu," kata beliau dihadapan puluhan ribu penyokong Arsenal ketika pasukan itu menewaskan Burnley 5-0 pada Ahad.
Beliau turut menjelaskan, sepanjang bersama Arsenal, beliau meletakkan sasaran untuk menang dengan corak permainan yang istimewa.

"Apabila kamu bersama pasukan yang besar, kamu memegang tanggungjawab itu dan berikan penyokong kamu satu pengalaman yang luar biasa," jelas beliau.
Dalam majlis perpisahan itu, Wenger mendedahkan selama 20 tahun, dia tidak memikirkan mengenai dirinya tetapi hanya mengambil berat tentang masalah pasukan yang perlu diselesaikan.

"Selepas ini, saya perlu belajar untuk memberi lebih banyak masa kepada diri saya," ujar beliau.

Sepanjang Arsenal dibawah bimbingan Wenger, beliau berjaya memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga kali dan tujuh kali juara Piala FA.

Pasukan Arsenal juga satu-satunya pasukan yang dianugerah trofi Liga EPL bersalut emas selepas pasukan itu menamatkan musim 2003/2004 tanpa sebarang kekalahan.