Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Selesai jalani pembedahan, Federer terlepas Terbuka Perancis

Selesai jalani pembedahan, Federer terlepas Terbuka Perancis
Federer mengalami kecederaan pangkal paha dalam separuh akhir Terbuka Australia. - Gambar fail
ROGER Federer bakal terlepas Terbuka Perancis selepas menjalani pembedahan lutut Rabu lalu.

Juara grand slam 20 kali itu bakal membuat penampilan dalam kejohanan kedua tahun ini dalam saingan Kejuaraan Tenis Dubai minggu depan selepas tewas kepada Novak Djokovic dalam separuh akhir Terbuka Australia, bulan lalu.
Pemain berusia 38 tahun itu mendedahkan semalam bahawa dia mengalami masalah pada lutut kanannya dan menjadi pembedahan di Switzerland, yang sepatutnya membolehkannya menjalani proses pemulihan dengan lebih baik.

Pemain ketiga dunia itu bakal terlepas saingan di Roland Garros Mei ini, tetapi dijangka kembali beraksi di gelanggang permukaan rumput.
Federer berkata menerusi laman Twitter: "Saya telah mengalami kesakitan pada lutut kanan sejak beberapa bulan yang lalu.

"Saya berharap dapat bebas daripada kecederaan ini tetapi selepas membuat pemeriksaan dan berbincang dengan pasukan saya, saya mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan Rabu lalu.



"Doktor telah mengesahkan ia adalah keputusan yang tepat dan yakin saya mampu kembali pulih sepenuhnya.

"Namun, saya bakal terlepas saingan di Dubai, Indian Wells, Bogota, Miami dan Terbuka Perancis. Saya bersyukur di atas sokongan daripada semua pihak.

"Tidak sabar untuk kembali beraksi, jumpa anda semua di gelanggang permukaan rumput!"

Federer mengalami kecederaan pangkal paha dalam separuh akhir Terbuka Australia, di mana dia tewas straight set kepada Djokovic -- yang merangkul gelaran utama yang ke-17.




Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro