Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengumumkan angkat berat, sepak takraw dan taekwondo digugurkan daripada senarai sukan teras negara berikutan prestasi buruk serta tidak menunjukkan sebarang peningkatan.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) membuat semakan semula termasuk kajian mendalam terhadap prestasi ketiga-tiga sukan tersebut sejak 2007.
Katanya, prestasi yang semakin merosot selain pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atlet sukan itu dalam ujian doping adalah punca utama angkat berat digugurkan; sementara sepak takraw dan taekwondo digugurkan kerana tidak menunjukkan peningkatan prestasi.
“Prestasi angkat berat negara semakin merosot dan atlet menghadapi masalah disiplin dengan tujuh kes doping dilaporkan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) sejak empat tahun lepas. Sepak takraw pula dari aspek pembangunan tidak sangat diberi tumpuan dan ranking dunia digugat oleh negara baharu.
“Pencapaian taekwondo kita pula sangat tidak memuaskan. Sukan ini tidak mempamerkan pencapaian yang positif dan kemelut sukan taekwondo masih gagal menyatukan penggiat sukan itu,” katanya.
Khairy berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian penajaan 100PLUS bersama Bandar Sukan Kuala Lumpur di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Khairy berkata, tindakan itu menyaksikan tiga sukan terbabit turut digugurkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak serta penglibatan dalam pelbagai program MSN dan Kementerian Pendidikan akan dihadkan.
Pada masa sama, beliau menjelaskan tindakan itu bukannya satu bentuk hukuman tetapi sebagai langkah demi menyelamatkan sukan tersebut selain mengakui pihaknya dan MSN akan bekerjasama rapat dengan persatuan terbabit untuk membangunkan semula tiga sukan tersebut.
“Ini bukan hukuman tetapi satu keputusan dibuat berdasarkan prestasi sehingga kini yang menunjukkan mereka (persatuan) memerlukan bantuan untuk dibangkitkan semula dan sehingga mereka dapat membangunkan semula sukan masing-masing, wajar untuk digugurkan sebagai sukan teras.
“Namun, MSN akan bekerjasama rapat dengan persatuan tersebut untuk kita bangunkan semula sukan-sukan berkenaan dan ada peluang untuk sukan-sukan itu dimasukkan semula sebagai sukan teras,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy memberi jaminan bahawa pengguguran itu tidak akan menjejaskan atlet sepak takraw yang berada di dalam Program Podium sebagai persediaan menghadapi Sukan Asia 2018 di Indonesia.
“Saya ingin memberi jaminan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bahawa atlet yang tersenarai dalam Program Podium, kekal dalam program itu. Ini disebabkan mereka merupakan atlet elit dan masih mempunyai peluang untuk mendapat kedudukan podium di Sukan Asia tahun depan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
Mohamad Aniq buru ranking keempat kelayakan Olimpik Paris
Badang negara berkata untuk merealisasikan misi itu, beliau perlu membuat angkatan keseluruhan sebanyak 305 kg di Piala Dunia 2024 di Phuket, Thailand pada April depan.
Sukan Para Asia: Angkatan emas untuk abang Bryan - Bonnie
Malaysia raih emas kelima menerusi atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin dalam acara 72 kilogram.
Keputusan Aniq dan Aznil masuk RTG diketahui selepas mesyuarat - Hannah
Hannah berkata, buat masa ini, beliau tidak boleh umum sebarang keputusan melibatkan program itu yang dipengerusikan bersama Presiden MOM.
Angkat berat boleh buat wanita jadi 'sado'? Fakta atau fiksyen?
Ramai wanita enggan melakukan senaman angkat berat kerana beranggapan tubuh mereka akan menjadi berotot dan hilang bentuk badan feminin.
Cipta rekod Malaysia senaman kardio, angkat berat 12 jam tanpa henti
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell.
Melaka harap KBS lulus cadangan bina gimnasium angkat berat di Nyalas
Atlet negeri ini menggunakan Dewan Japerun Asahan sebagai pusat latihan kerana ketiadaan tempat untuk berlatih.
Sukan SEA: Nur Syazwani tebus kecewa kem angkat berat
Atlet muda, Nur Syazwani Radzi menghadiahkan pingat gangsa itu dalam kategori 64 kilogram (kg) wanita pada hari terakhir acara angkat berat.
Jurulatih yakin skuad Badang ke Sukan SEA, kelayakan Olimpik bebas doping
Jurulatih angkat berat kebangsaan Yon Haryono berkata skuad yang akan membawa cabaran negara menjalani ujian doping setiap bulan.
Aznil, Aniq sandaran skuad angkat berat ke Paris
PABM mempersiapkan kedua-dua atlet yang akan bersaing dalam kategori 61 kilogram untuk mengumpul sebanyak mungkin mata.
Dua pemenang pingat angkat berat Sukma ke-20 positif doping
Dua pemenang pingat acara angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) 2022 disahkan positif bahan terlarang jenis 'anabolic androgenic steroid' oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas).