awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo lancar penerbangan pertama, catat era baharu dalam kesalinghubungan Sarawak
64 kampung di Terengganu dikhuatiri terjejas susulan fenomena air pasang tinggi
Ekonomi Singapura tumbuh 5.7 peratus pada suku keempat 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SIC sedia terima kehadiran peminat hujung minggu ini

Bernama
Bernama
04/02/2019
10:40 MYT
SIC sedia terima kehadiran peminat hujung minggu ini
Pengunjung terutamanya peminat sukan permotoran menantikan aksi menarik sempena ujian rasmi Kejuaraan Dunia MotoGP 2019. - Gambar fail
Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah bersedia menerima kunjungan peminat sukan permotoran pada ujian rasmi Kejuaraan Dunia MotoGP 2019 pertama di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini.
Ketua pegawai eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata beliau menjangkakan lebih ramai kehadiran peminat MotoGP dengan adanya pasukan pertama MotoGP negara, Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) dalam perlumbaan berprestij itu.
"Kami sudah bersedia. Pihak kami akan sediakan kemudahan jualan trak makanan, tempat letak kereta yang lebih dekat dan kawalan keselamatan yang tinggi namun tiada sebarang tiket dikenakan kepada penonton melainkan mereka mahu masuk paddock.
"Saya tidak pasti berapa bilangan pengunjung nanti tapi saya yakin ia pasti lebih ramai berbanding sebelum ini. Ia boleh dikatakan seperti kejohanan mini MotoGP," katanya kepada media selepas majlis pengumuman Majlis Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC MAM 2018.
Selepas ujian rasmi di Litar Antarabangsa Sepang, ia diikuti ujian terakhir di Qatar pada 23 hingga 25 Feb ini, sebelum perlumbaan musim baharu 2019 bermula di Losail dari 8 hingga 10 Mac.
Untuk rekod, Malaysia memcipta sejarah tersendiri dalam arena permotoran apabila buat julung kali memiliki pasukan MotoGP sendiri yang akan dibarisi Franco Morbidelli dari Itali dan Fabio Quartararo dari Perancis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Litar Antarabangsa Sepang
#litar sepang
#MotoGP
#Petronas Yamaha Sepang Racing Team
#Sepang
#SIC
#sukan permotoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan