awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Had tempoh PM buka ruang ketengahkan pemimpin muda - Penganalisis
Ekonomi capai puncak akhir 2026, tetapi pendapatan tidak naik sama - Penganalisis
Tesla Malaysia kekalkan harga semasa selepas pengecualian cukai EV tamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skuasy Individu Asia: Nafiizwan intai penamat gemilang

Astro Arena
Astro Arena
27/04/2019
15:00 MYT
Skuasy Individu Asia: Nafiizwan intai penamat gemilang
Nafiizwan sedar dia perlu mempamerkan aksi luar biasa. - Astro Arena
PEMAIN skuasy senior negara, Nafiizwan Adnan, memberi bayangan Kejohanan Skuasy Individu Asia 2019 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, Rabu ini sebagai penampilan kompetitif terakhirnya dalam perancangan untuk bersara tahun ini.
Nafiizwan sebelum ini berteka-teki terhadap perancangannya untuk bersara daripada pentas kompetitif.
Musim ini menyaksikan dia beraksi dalam lima kejohanan antarabangsa dengan pulangan tidak seperti dirancangkan.
Anak jati kelahiran Kuala Terengganu tersebut juga mengakui Kejohanan Individu Asia menjadi medan realistik buatnya menutup kerjaya dengan kejuaraan.
"Saya amat menantikan kejohanan ini kerana mungkin menjadi kejohanan terakhir buat saya tahun ini dan mungkin juga peluang terakhir saya untuk memenangi Kejohanan Individu Asia.
"Selepas muncul juara ketika dianjurkan di Pulau Pinang pada 2011, kini kejohanan ini kembali dilangsungkan di Malaysia, jadi saya akan buat yang terbaik untuk menaikkan nama Malaysia," katanya.
Nafiizwan yang diberi laluan percuma dalam pusingan pertama diramalkan akan berentap dengan pemain di ranking ke-10 dunia, Saurav Ghosal, di peringkat suku akhir.
Dengan rekod tanpa kemenangan dalam dua pertemuan terdahulu antara mereka, Nafiizwan sedar dia perlu mempamerkan aksi luar biasa sepanjang kejohanan itu.
"Sejak awal tahun ini, kejohanan pertama membabitkan saya tidak berapa memberangsangkan tetapi prestasi saya semakin bagus dalam kejohanan kedua manakala dalam kejohanan ketiga, agak memuaskan.
"Dalam kebanyakan perlawanan, saya tewas tipis dan selalunya saya memimpin perlawanan tetapi masih ada kekurangan dalam permainan saya.
"Saya berlatih dan perbaiki kelemahan itu minggu ini.
"Insya-Allah saya harap boleh buat yang lebih bagus daripada sebelum ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kejohanan skuasy
#nafiizwan adnan
#pemain negara
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan