awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka ekonomi positif berjaya perkukuh kedudukan ringgit - PM Anwar
Indonesia kekalkan sekatan terhadap chatbot AI Grok
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium Kuala Lumpur dipilih venue final Piala AFC 2019

Astro Awani
Astro Awani
25/10/2019
20:40 MYT
Stadium Kuala Lumpur dipilih venue final Piala AFC 2019
Kuala Lumpur diumumkan sebagai venue perlawanan akhir Piala AFC di antara pasukan 4.25 SC Korea Utara dan Al Ahed Lebanon. -Gambar fail
Kuala Lumpur diumumkan sebagai venue perlawanan akhir Piala AFC di antara pasukan 4.25 SC Korea Utara dan Al Ahed Lebanon.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata keputusan itu berdasarkan pertimbangan ke atas stesen penyiaran dan promosi permainan supaya dapat dilihat di seluruh pelusuk Asia.
AFC, walau bagaimanapun, belum memberikan sebab dan alasan kenapa mereka memilih Stadium Kuala Lumpur sebagai lokasi bagi perlawanan akhir itu.
Perlawanan akhir itu bakal berlangsung pada 4 Nov, dua hari lewat daripada jadual asal.
"Kedua-dua persatuan dan kelab persatuan telah dimaklumkan dan AFC meminta maaf atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan," kata AFC dalam satu kenyataan.
Awal minggu lalu, badan pentadbir bola sepak Asia itu mengambil keputusan memindahkan venue perlawanan ke Shanghai dari Pyongyang disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa yang mempengaruhi Korea Utara.
Topic Berkaitan
#Asia
#bola sepak
#Korea Utara
#Kuala Lumpur
#North Korea
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan