awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Stadium 'pink' Kelantan tidak selamat - JPBM Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/02/2016
09:32 MYT
Stadium 'pink' Kelantan tidak selamat - JPBM Kelantan
JBPM Kelantan akan menyiapkan laporan penuh mengenai stadium yang sedang dicat warna pink itu untuk diserahkan kepada Perbadanan Stadium Kelantan. - Gambar Fail
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesan beberapa kelemahan dan keadaan tidak selamat di Stadium Mohammad IV.
Menurut Pengarah JBPM Kelantan Azmi Osman, antara yang dikesan dalam pemeriksaan mengejut siang tadi ialah tahap keselamatan seperti kawalan keselamatan laluan keluar masuk, sistem pendawaian, laluan kecemasan yang terhad dan sebagainya.
"Antaranya jalan keluar stadium yang mana semua pintu perlu ada pengawal keselamatan untuk mengawasi pintu sekiranya berlaku kebakaran.
"Pintu ke padang kena ada juga dan pemeriksaan di sebelah astaka wujud juga kelemahan dan boleh ditambah baik oleh pengurusan stadium," ujar Azmi ketika ditemui media di sini.
Pemeriksaan mengejut terhadap stadium berusia 49 tahun itu dibuat menjelang bermulanya saingan Liga Super pada 16 Februari depan.
Azmi juga bimbang jika kelemahan yang ada tidak diperbaiki, insiden kemalangan boleh mengundang bahaya sekiranya berlaku kecemasan.
JBPM Kelantan juga katanya akan menyiapkan laporan penuh mengenai stadium yang sedang dicat warna pink itu untuk diserahkan kepada Perbadanan Stadium Kelantan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kelantan
#KFA
#Que Puteh
#Stadium Mohammad IV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan