Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Sukan

Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan

Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Selain Stadium Shah Alam (gambar), turut gagal mencapai piawaian yang ditetapkan ialah Stadium MBPJ. - Gambar fail
Aspirasi Selangor untuk mengembalikan kegemilangan mereka di Stadium Shah Alam musim ini di ambang kemusnahan apabila venue itu gagal memperoleh kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kegusaran utama badan pengelola Liga Malaysia itu menjurus kepada faktor keselamatan membabitkan bumbung yang sudah usang di stadium berkenaan.

Ia selepas tiga pemeriksaan yang dilakukan MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), bagaimanapun, hanya memiliki tempoh sehingga esok (Isnin, 2 Feb) untuk meyakinkan MFL bahawa mereka boleh menangani isu itu.
Jika gagal, FAS perlu mencari gelanggang alternatif untuk menggantikan Stadium Shah Alam.

"Kami perlu bersedia dengan apa jua situasi untuk bermain di mana sahaja," kata pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.
"Yang kedua, Kami sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan dan beraksi di tempat sendiri pasti akan memberikan kelebihan.

"Namun, dengan perkembangan terbaru ini, kami perlu meneruskan latihan dan persiapan tanpa mengira di mana kami akan bermain.

"Saya rasa pihak pengurusan FAS akan mencari venue yang sesuai untuk kami," katanya.

Turut gagal mencapai piawaian yang ditetapkan ialah Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menjadi gelanggang Petaling Jaya City FC.

Sila klik di sini untuk layari Stadium Astro



Tag: stadium shah alam, piawaian, selangor, mfl, loga bola sepak malaysoa, faktor keselamatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.