Status pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2019 dijangka akan diketahui, Rabu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam berkata rayuan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) itu yang diterima pada 19 Dis tahun lepas perlu mengikut prosedur menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Menurut beliau, surat rayuan oleh PBNP yang bertarikh 27 Nov 2018 tersebut perlu diperhalusi sebaik-baiknya sebelum sebarang keputusan dibuat.
"Sebenarnya mengikut peraturan sedia ada, mana-mana pemain naturalisasi hanya boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan selepas lima tahun mendapat taraf kerakyatan.
"Tetapi kami memberi pertimbangan sewajarnya untuk memendekkan tempoh itu kepada setahun daripada tarikh permohonan pendaftaran Pahang pada 2 Mac tahun lalu atas beberapa aspek termasuk Sumareh sudah bermaustatin di negara ini sejak berusia 12 tahun," katanya dalam kenyataan MFL pada Rabu.
BACA: Sumareh boleh didaftar sebagai pemain tempatan bermula Mac 2019
BACA: Ini 10 Pemain Tumpuan Liga Malaysia 2019
Pada masa sama, beliau berkata tidak timbul isu MFL sengaja melengahkan pendaftaran Sumareh memandangkan PBNP membuat rayuan hanya selepas Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan pada Oktober tahun lalu untuk membenarkan Sumareh didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Mei ini.
PBNP sebelum ini menghantar rayuan terbaharu kepada MFL untuk mempercepatkan pendaftaran Sumareh, pemain naturalisasi pertama negara kelahiran Gambia pada jendela perpindahan pertama 20 Feb ini.
TONTON: Sumareh tekad mahu tamatkan kemarau jaringan
Dalam pada itu, Kevin menegaskan pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelonggaran dalam pendaftaran pemain naturalisasi bagi menjaga kepentingan pemain tempatan pada masa depan.
"Dalam peraturan sudah ditetapkan lima tahun untuk tempoh pendaftaran pemain naturalisasi dalam Liga-M jadi kita perlu mengikut peraturan ini tetapi dalam kes Sumareh kita beri sedikit keistimewaan atas beberapa faktor.
"Tetapi kita mahu memberi penegasan bahawa kita tidak boleh terus beri kelonggaran selepas ini kerana kita tidak mahu jika ada lagi pemain naturalisasi dibawa masuk, akan terus didaftarkan sebagai pemain tempatan dan akhirnya akan memberi kesan kepada perkembangan pemain tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 09 2019
PBNP menghantar rayuan terbaharu kepada MFL untuk mempercepatkan pendaftaran Sumareh. - Gambar fail
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.